728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Pasaran Minyak Mentah Ini Sering Kali Memberi Kejutan!

Pasaran Minyak Mentah Ini Sering Kali Memberi Kejutan!

Harga minyak meneruskan kenaikan lebih dari 1.5% pada Khamis selepas data industri menunjukkan junaman minyak mentah terbesar dalam tempoh 3 dekad.

Data dari Institut Petroleum Amerika menunjukkan stok minyak mentah AS menurun sebanyak 12.1 juta tong minggu lepas.

Jika data rasmi yang bakal dikeluarkan hari ini juga menunjukkan penurunan stok simpanan, ia akan menjadi penurunan mingguan terbesar sejak April 1985.

Brent di London telah meningkat 76 sen kepada $48.74 setong selepas menutup sesi sebelumnya dengan kenaikan sebanyak 72 sen.

Sementara itu, NYMEX mentah bagi penghantaran Oktober naik 85 sen.

Stok minyak mentah AS meningkat sejak 2 tahun kebelakangan ini.

Menurut senior economist di Mitsubishi UFJ, Tomomichi Akuta, menyifatkan penurunan stok mingguan ini sebagai mengejutkan pasaran.

Minyak mentah mencapai paras tertinggi pada Isnin setelah Arab Saudi dan Russia bersetuju untuk bekerjasama bagi menstabilkan pasaran minyak mentah. Kemudian, harga kembali jatuh disebabkan sesetengah penganalisis menganggap prospek pembekuan bekalan tidak akan berjaya kerana pertemuan sebelum ini di Doha gagal menemui apa-apa kata sepakat.

Pengeluar utama minyak mentah dan ahli OPEC dijangka akan membincangkan isu yang semakin meruncing ini pada 26-28 September.

Nak Tunggu TP ke Nak Close Awal? Baca artikel throwback ini disini!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register