Pasaran Minyak Mentah Masih Kaku Untuk Bergerak Selagi OPEC Tidak Mengeluarkan Keputusan Muktamad!

0 2

Sesi perdagangan minyak mentah tidak banyak berubah menjelang proses pembekuan minyak yang bakal diterajui oleh OPEC selepas cuti umum di Amerika Syarikat.

Brent antarabangsa didagang merosot sebanyak 3 sen daripada sesi sebelum ini, manakala WTI mentah didagang meningkat 1 peratus.

Kebanyakan peniaga minyak mentah mengatakan momentum pasaran sedikit melemah berikutan cuti umum di AS. Kebanyakan pelabur juga enggan mengambil sebarang risiko gara-gara ketidakpastian terhadap keputusan OPEC untuk membekukan bekalan minyak mentah.

OPEC dijadual akan bermesyuarat pada 30 November nanti bagi menyelaraskan perincian mengenai langkah bagi menstabilkan semula pasaran minyak mentah. OPEC dan negara Russia berpotensi untuk membekukan bekalan mengikut kouta yang bakal dipersetujui.

Penganalisis percaya bahawa kebanyakan pengeluar akan bersetuju, walaupun mereka sendiri tidak pasti bahawa keputusan ini bakal menstabilkan pasaran komoditi yang telah melemah sejak 2 tahun ini atau tidak.

Bulan ini sahaja, harga komoditi ini telah menjunam ke paras terendah semenjak tahun 2003.

Hal ini berikutan, pengukuhan US Dollar telah menjadikan harga bahan api menjadi lebih mahal untuk dibeli oleh matawang lain yang juga berpotensi melemahkan permintaan.

US Dollar Masih Meneruskan Pengukuhan Dalam Sesi Asia!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa