Pasaran Minyak Mentah Mula Ambil Kesempatan Dengan Penurunan Sederhana Greenback

0 1

Minyak mentah meningkat sederhana di Asia berikutan US Dollar mula melemah sedikit daripada keuntungan awal. Namun pengeluar masih ragu-ragu dengan prospek pembekuan output yang bakal dibincangkan pada bulan depan.

Minyak Mentah, 5 minit
Minyak Mentah, 5 minit

Minyak Brent antarabangsa diniagakan pada $49.34 setong, meningkat 8 sen dari sesi sebelum ini.

WTI mentah juga menunjukkan peningkatan sebanyak 15 sen kepada $47.13 setong.

US Dollar mula berundur dari keuntungan yang dicatat pada Isnin berikutan pelabur mengalihkan tumpuan mereka kepada data pekerjaan minggu ini. Stanley Fischer beranggapan bahawa data ini amat penting kerana bakal menentukan sebarang kenaikan kadar oleh Fed untuk jangka masa akan datang.

US Dollar yang mula melemah menyebabkan pembelian sesetengah negara menjadi lebih murah. Hal ini sekali gus mendorong permintaan bagi produk bahan api.

Namun begitu, kebimbangan terhadap sebarang keputusan yang dapat dicapai oleh OPEC pada bukan September nanti terus memberi tekanan kepada pasaran minyak mentah.

Mengulas kebimbangan tersebut, Menteri Tenaga Arab Saudi Khalid Al-Falih menjangkakan terdapat pembekuan bekalan oleh pengeluar utama pada bulan depan.

Benarkan Uber menggantung perkhidmatannya di Abu Dhabi? Klik disini. 

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa