Pasaran Minyak Mentah Sedang Berdepan Dengan Masalah Serius

0 0

Bear market telah memandu pasaran minyak mentah ke nilai yang lebih rendah. Lebih memburukkan situasi, kemelut terhadap lebihan bekalan masih berterusan sehingga kini.

Baca : Kemelut Yang Sedang Melanda Pasaran Minyak Mentah

Beberapa penganalisis percaya bahawa harga minyak boleh kembali semula ke paras terendah dalam tempoh 12 tahun iaitu sekitar $26 hingga $27 setong.

Pasaran minyak memberi kejutan apabila inventori bagi komoditi itu telah melonjak sebanyak 1.4 juta tong beberapa minggu sebelum ini.

Pun begitu, Goldman Sachs menjangkakan harga minyak akan kembali kuat. Pada Rabu, bank tersebut mengekalkan ramalan peningkatan harga minyak kepada $52.50 pada tahun 2017.

Pada Selasa, Bank Perancis, Societe Generale berkata saham global semakin kukuh berbanding suku pertama tahun ini. Jadi, bekalan dan permintaan global juga dilihat semakin seimbang berikutan penyusutan minyak mentah secara berperingkat.

Lagi artikel mengenai minyak mentah disini.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa