Pasaran perumahan China di ambang keruntuhan, apakah kesannya kepada ekonomi Australia?

0 8

Sejak sedekad yang lepas, China dan Australia adalah rakan dagangan yang sangat akrab sehingga ekonomi negara kangaroo tersebut sangat sensitif dengan setiap isu yang terjadi di China. Ramai pakar dan pengalisis bimbang dengan data yang dikeluarkan baru-baru ini bakal menjejaskan ekonomi Australia khasnya malah ekonomi dunia pada amnya.

Ini tidaklah mengejutkan kerana China bukan sahaja penting kepada ekonomi Australia, tetapi kepada ekonomi dunia keseluruhannya. Jika kita kembali pada permulaan abad ini, ekonomi negara China adalah sekitar 11% saiz Amerika Syarikat, tetapi kini telah menjangkau sehingga 60% saiz negara Uncle Sam tersebut.

Jadi jelas, China adalah sangat penting, bukan sahaja kepada Australia. Malah Gabenor Reserve Bank Of Australia (RBA) Glenn Stevens, minggu lalu berkata bahawa China adalah rakan dagangan pertama atau kedua terbesar bagi “hampir 50 negara, termasuk Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Jepun,Rusia dan Kanada.

Amat tidak menghairankan kini, ahli-ahli ekonomi seluruh dunia sedang menumpukan sepenuh perhatian kearah Beijing samaada terdapat tanda-tanda penting jatuh atau bangkitnya ekonomi negara berkapasiti penduduk tertinggi di dunia itu.

2004-08-14-Australia-China-Trade-agreement-dquwds-450297

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa