Share This Post

Saham/Ekuiti

Pasaran Saham Eropah Dibuka Rendah Selepas Mesyuarat ECB

Pasaran Saham Eropah Dibuka Rendah Selepas Mesyuarat ECB

Pasaran saham Eropah dibuka rendah pada Jumaat selepas daripada pengumuman polisi oleh European Central Bank (ECB) pada Khamis yang menolak nilai Euro lebih tinggi.

Semasa dagangan pagi di Eropah, STOXX 600 susut 0.21% setakat pukul 4.39 petang. Indeks ini mengumpulkan 600 syarikat termasuk syarikat besar di 18 negara Eropah yang jika dikumpulkan modal pasaran mencecah sehingga 90% daripada pasaran saham Eropah yang tidak hanya terhad kepada Zon Eropah sahaja.

STOXX 50 iaitu indeks ‘blue chip’ di Eropah pula susut 0.17%. Indeks DAX30 di Jerman pula susut 0.11% di mana FTSE100 yang lebih banyak terdiri daripada syarikat-syarikat komoditi susut 0.22% setakat ini. CAC40 di Perancis pula susut 0.34%.

Matawang euro meneruskan kenaikan selepas ECB mengekalkan kadar faedah dan jumlah pembelian aset. Dalam sidang media pada Khamis, Draghi memberi isyarat untuk membuat lebih banyak keputusan polisi pada mesyuarat Oktober di mana pasaran menjangka bank pusat akan menyatakan perancangan pengurangan pembelian bon semasa.

Selain itu, pasaran ketika ini sedang meneliti kesan yang dibawa oleh ribut ‘Irma’ di US yang mana ia dijangka akan sampai ke Florida sebagai kategori 5 hujung minggu ini.

Pasaran saham Amerika Syarikat pula menunjukkan ia akan dibuka lebih rendah dengan pasaran hadapan Dow Jones Futures susut 0.34%, S&P 500 Futures pula susut 0.32% dan Nasdaq Futures susut 0.27%. Dalam dagangan Khamis ketiga-tiga indeks ini masing-masing ditutup -0.10%, -0.02% dan +0.07%.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!