Share This Post

Saham/Ekuiti / Sesi Asia

Pasaran Saham Global Meleset Bermula di Wallstreet Sehingga ke Asia dan Eropah

Pasaran Saham Global Meleset Bermula di Wallstreet Sehingga ke Asia dan Eropah

Presiden Trump telah mengeluarkan amaran terbaru terhadap rejim Korea Utara di mana beliau berkata, “Pyongyang sepatutnya sangat, sangat nervous” jika mahu membuat sebarang tindakan provokasi kepada Amerika. Beliau berkata demikian dalam konferens di White House pada Khamis.

Berikutan daripada ketegangan yang semakin memuncak ini, Wallstreet merekod kejatuhan terbanyak sejak Mei dengan Dow Jones jatuh 0.93% di mana Goldman Sach antara kaunter paling banyak merekod kerugian.

S&P 500 pula jatuh sehingga 1.45% dengan sektor teknologi maklumat dan kewangan merekod kejatuhan tertinggi. Nasdaq pula jatuh sehingga 2.13% dengan Apple, Alphabet, Amazon dan Netflix kesemuanya didagang lebih rendah.

Laporan Reuters juga menunjukkan, satu berita daripada China yang mahu China kekal neutral jika Korea Utara membuat serangan terlebih dahulu kepada wilayah Amerika Syarikat.

Dalam perkembangan pasaran saham Asia, Nikkei ditutup hari ini sempena cuti umum.

Kini pasaran Asia Pasifik majoritinya didagang lebih rendah dengan catatan kejatuhan agak besar melebih daripada satu peratus merentas indeks saham di Asia.

Hang Seng setakat pukul 3.51 petang jatuh 1.89%.

Shanghai Komposit jatuh 1.59%.

ASX200 di Australia jatuh 1.18%.

IDX komposit di Indonesia jatuh 1.12%

Indeks KLCI di Malaysia jatuh 0.47% setakat pukul 3.53 petang.

Indeks Strait Times di Singapura jatuh 1.09%.

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!