728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Pasca Brexit : Lelaki Ini Yakin Bahawa Britain Akan Pulih dan Menjadi Lebih Kuat Dari Negara Eropah Yang Lain!

Pasca Brexit : Lelaki Ini Yakin Bahawa Britain Akan Pulih dan Menjadi Lebih Kuat Dari Negara Eropah Yang Lain!

Brexit dilihat sebagai sesuatu yang memeritkan bagi Eropah. Namun, lelaki ini berpandangan bahawa Britain boleh menjadi kuat bahkan lebih baik dari negara jiran di Eropah selepas peristiwa itu. Pendapat ini diutarakan oleh Ketua Eksekutif Axel Springer, Mathias Doepfner kepada Financial Times.

Doepfner, ketua salah sebuah syarikat media terbesar di Eropah berkata, Britain mengalami impak yang hebat akibat peristiwa bersejarah Brexit sejak 23 Jun yang lalu.

Pun begitu, beliau berpendapat bahawa England akan pulih dalam tempoh 3 hingga 5 tahun akan datang dan menjadi lebih kuat daripada benua Eropah.

Hal ini kerana England bergerak ke arah pasaran yang lebih bebas, sedangkan kesatuan eropah perlu bertahan menggunakan dana-dana negara yang kekal bersamanya.

Sejak Jun lalu, Brexit mencetuskan kegawatan ekonomi yang paling buruk sejak Perang Dunia Kedua. Peristiwa ini juga telah membawa kejatuhan terbesar dalam matawang sterling berbanding US Dollar.

Pun begitu, walaupun Brexit seakan memberi amaran untuk menghancurkan ekonomi, masih ada beberapa data positif yang dikeluarkan Britain selepas dari peristiwa itu. Perkara ini secara tidak langsung mencetuskan persepsi bahawa Britain juga mampu berkembang di luar Kesatuan Eropah.

Selain itu, Perdana Menteri Britain, Theresa May dan menteri-menterinya juga memberi jaminan kepada pelabur dari Amerika Syarikat, Jepun, China, dan India bahawa Britain masih tempat yang baik untuk membuat wang.

3 Mindset Yang Tidak Harus Diketepikan Untuk Jadi Manusia Berjaya!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register