728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi

Pasca Brexit : Pound nak ke mana?

Pasca Brexit : Pound nak ke mana?

Buy at dip, sell on rally. Itulah mantra trader untuk dapatkan profit maksima. GBP menjunam ke paras terendah sejak 30 tahun dan ramai trader mencari position buy bagi merealisasikan mantra tadi.

Tapi how low is low? Mengujakan betul harga GBP sangat rendah. Ya memang mengujakan cuma adakah sekarang timing yang betul untuk long matawang yang sangat lemah diakibatkan referendum jumaat lalu? Taknak pastikan harga betul-betul low?

Kesan daripada keputusan referendum lalu telah mengakibatkan kejatuhan teruk matawang GBP dan pasaran saham UK.

telegram-moshed

Pengumuman perletakan jawatan David Cameron, perbalahan dalam Parti Buruh, downgrade oleh S&P and Fitch dari rating AAA ke AA, kekeliruan rakyat, kemerosotan saham Bank Eropah, perbincangan memindahkan pekerjaan dari UK ke Eropah, dan kebarangkalian referendum Scotland kedua. Semua ini adalah indicator ekonomi UK masih lagi dalam keadaan tidak stabil dan tidak diketahui sehingga bila.

Keengganan kerajaan UK untuk memulakan pelaksanaan Artikel 50 menampakkan ketidakpastian buat masa ini.

Kekeliruan menarik balik keputusan referendum dicantas oleh David Cameron dan kabinet setelah mengeluarkan kenyataan bahawa keputusan referendum untuk keluar daripada EU mestilah diterima. Jadi, kemungkinan referendum kedua sangat tipis.

Setakat ini, ramai lagi masih menantikan kenyataan daripada Janet Yellen dan Mario Draghi mengenai pandangan mereka berkenaan Brexit terhadap Amerika Syarikat dan Eropah.

Dijangka Pound akan terus melemah lagi 4-5%. Support level GBP/USD seterusnya adalah 1.3040, paras terendah Julai dan September tahun 1985.

Sebelum referendum dijalankan, pihak pro-Brexit mengatakan kesan jangka masa panjang Brexit hanyalah sementara (disangkal oleh pakar ekonomi), pelabur, ahli bisnes, dan pengguna sangat tertekan dengan keadaan yang tidak pasti seperti sekarang.

UKBesar kemungkinan ketiga-tiga ini akan mengelakkan sebarang pelaburan dalam masa terdekat kerana ramai daripada pakar ekonomi menjangkakan akan berlakunya kegawatan ekonomi. Seteruk mana tidak dapat dijangkakan cuma apa yang pasti adalah perkembangan ekonomi akan menjadi sangat perlahan, inflasi akan meningkat dan gaji minimum akan menurun.

Tidak disangkal aka nada pekerjaan yang akan dipindahkan dari UK ke negara EU lain dan ini akan menurunkan peratusan sumbangan GDP dunia.

Salah satu cara Bank of England mengambil tindakan adalah dengan merendahkan interest rate atau ubah kepada Quantitive Easing. UK Gilt yields telah menurung ke paras bawah 1% dengan kebarangkalian 50% rate cut bulan hadapan. Selain itu terdapat kemungkinan central-banks akan menyuntik Pound yang mencukupi untuk menstabilkan pasaran.

Keputusan Britain keluar daripada EU juga memberikan impak negative kepada EURO. Dalam masa terdekat ketidakpastian yang sama terhadap euro akan membuatkan pelabur tidak berminat. Brexit sudah menimbulkan tanda tanya tentang kekuatan Eurozone kerana jika negara-negara besar EU lain mula keluar daripada EU, negara kecil juga akan keluar. Dan ini akan menggugat keadaan matawang euro.

USD didagangkan dengan harga yang tinggi melawan matawang lain pada Isnin kecuali USD/JPY.

Goldman Sachs mengeluarkan kenyataan bahawa agak susah untuk Bank of Japan untuk masuk campur dalam keadaan sekarang.

CAD, NZD dan AUD merosot akibat harga minyak mentah jatuh dan harga emas meningkat.

Apa-apa pun keputusan entry bergantung kepada diri anda. Sanggup lost, lost berapa? Nak entry juga, Risk Reward Ratio dah kira?

Nak buy, buy di akar betul-betul. Nak sell, sell di pucuk betul-betul. Sebab tu sentiasa tanya how low is low, how high is high sebelum memulakan trade. Rujuk indicator yang biasa digunakan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register