banner-mutm-728x90

Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Pasca Brexit : Sektor Pembuatan Pula Dilapor Makin Tenat

Pasca Brexit : Sektor Pembuatan Pula Dilapor Makin Tenat

Pengeluar British mengubah pelan pelaburan mereka selepas undian Brexit Jun lalu. Menurut satu kajian, kesan Brexit tidak akan ditunjukkan serta merta namun boleh memberi kesan kepada aktiviti ekonomi bagi jangka masa panjang.

Menurut Persatuan Pengeluar EEF dan firma perakaunan BDO, kadar output sektor pembuatan bertambah buruk dalam tempoh 3 bulan sehingga Ogos berikutan tempahan domestik yang melemah.

Dalam masa yang sama, Bank of England dikatakan berpotensi untuk mengurangkan kadar sekali lagi dalam tahun ini. Hal ini berikutan pelan pelaburan yang merosot dan masa depan Britian yang tidak menentu selepas meninggalkan EU.

Pelan pelaburan selepas Brexit dijangka tergelincir kepada angka -10 bagi tempoh 12 bulan.

Menurut satu kajian yang dijalankan, seramai 450 pengeluar mengharapkan output yang lebih baik terutamanya dari aktiviti eksport.

Selain itu, kajian ini turut menunjukkan peningkatan tekanan harga di kilang-kilang berikutan lonjakan kos barangan yang diimport. Sektor pembuatan dan pembinaan menunjukkan isyarat inflasi berikutan kejatuhan matawang sterling.

EEF dalam pada itu menjangkakan pertumbuhan ekonomi Britain akan kekal lemah sehingga separuh kedua tahun 2016 serta pada tahun 2017.

Laporan Markit/CIPS PMI bagi sektor perkhidmatan akan akan diumumkan hari ini bagi memberikan maklumat lanjut mengenai perkembangan ekonomi Britain bagi bulan-bulan sebelum ini.

 

Tamparan Hebat Dari NFP Masih Meninggalkan Kesan Kepada US Dollar

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register