banner-mutm-728x90

Share This Post

Inspirasi

Pasukan Ini Dibantu Oleh Video Yang Sangat Memberi Inspirasi Serta Motivasi Di Saat Mengalami Kekalahan

Pasukan Ini Dibantu Oleh Video Yang Sangat Memberi Inspirasi Serta Motivasi Di Saat Mengalami Kekalahan

Jun lalu, pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers dalam masalah apabila kalah dalam 2 set pertama semasa perlawanan akhir NBA.

Mata yang dikumpul Golden State Warriors melebihi 33 dan ini sangat memalukan buat mereka.

Melihat situasi ini, Lebron James datang menyelamatkan mereka dengan cara yang sangat luar biasa untuk menyuntik kembali semangat mereka untuk perlawanan ketiga.

Apa yang dilakukan olehnya adalah dia kumpulkan semua pemain Cleveland Cavaliers di dalam persalinan dan memasang 1 video yang sangat terkenal.

Video tersebut adalah video ucapan pengasas syarikat Apple iaitu Steve Jobs.

Ucapan tersebut sangat bagus dan hebat dan akan tim Moshed.com terjemah ucapan penuh itu ke dalam bahasa lokal khas buat pembaca.

Lebron James memasang sebahagian daripada video penuh inspirasi itu dan apa yang paling ditekankannya adalah bahagian “menyambuk titik-titik kehidupan”.

Bahagian ini menasihatkan kita untuk sentiasa duduk sejenak dan menyambung “titik-titik” kehidupan yang akhirnya menjadikan kita siapa hari ini.

Pada masa sesuatu perkara berlaku, mungkin kita sendiri rasa bingung, rasa tak masuk akal langsung kenapa berlaku kepada diri kita namun setelah perjalanan diterukan, kita akan dapat lihat kembali, apa yang berlaku itu, meletakkan kita di mana hari ini.

Selain daripada itu, ucapan Steve Jobs juga menekankan betapa pentingnya untuk mengejar minat kita dan teruskan mengejar tanpa berhenti.

Usai video itu dipasang, Richard Jefferson, salah seorang pemain CC berkata, “Saya berada di perlawanan akhir ini adalah kerana saya membuat keputusan untuk tidak bersama Dallas Mavericks walaupun ditawarkan gaji yang lebih tinggi.”

Perlawanan ketiga, Cleveland Cavaliers mendominasi dan menang. Ini adalah kali pertama dalam sejarah NBA pasukan memenangi 3 perlawanan akhir setelah mengalami ekkalahan pada awalnya.

Kaitkan dengan hidup anda sebagai seorang trader. Kenapa anda jadi seorang trader? Apakah yang membuatkan anda terjebak dalam bidang ini?

Adakah disebabkan sontotan GWGFX? Adakah disebabkan gaji yang ditawarkan majikan sedikit? Atau memang bermula dengan minat?

Cuma ingatlah, sekali buat kesilapan, belajarlah daripada kesilapan itu dengan cepat-cepat supaya tidak ulanginya lagi.

Sambunglah titik-titik itu dan anda akan ketemu satu timeline yang sangat menarik.

Selain daripada liputan ekonomi global, belajar ilmu trading untuk instrumen saham, komoditi & Forex, kami juga akan menulis artikel berbentuk inspirasi untuk sentiasa memberi motivasi kepada para pembaca.

Jika anda mahu menonton dan menghadam inspirasi daripada Steve Jobs, tonton video di bawah.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register