Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa / EMAS / Sesi Eropah

Pelabur Emas Ambil Langkah Berjaga-jaga Menjelang Persidangan Di Jackson Hole

Pelabur Emas Ambil Langkah Berjaga-jaga Menjelang Persidangan Di Jackson Hole

Harga emas masih volatile (naik turun) berikutan para pelabur mengambil langkah berjaga-jaga menjelang mesyuarat antara bank pusat di Jackson Hole hujung minggu ini dimana mungkin akan memberikan petunjuk perubahan kadar faedah dan rangsangan ekonomi seterusnya.

Kontral emas bagi bulan Disember di Comex New York Mercantile Exchange (NYMEX) semalam jatuh dan tutup hampir $10, naik semula 0.10% kepada $1,292.30 per ounce setakat jam 2.31 petang.

Semalam harga emas jatuh selepas dolar melonjak berikutan para pelabur bimbang untuk mendedahkan risiko pelaburan mereka pada dagangan logam berharga kuning menjelang persidangan dua hari bank-bank pusat bermula hari Sabtu minggu ini.

Emas cuba untuk naik ke harga $1,300, namun gagal dan harga tutup pada paras terendah minggu lalu, selepas risiko ketegangan US-Korea Utara mulai reda, mengurangkan permintaan terhadap pasaran safe haven, serta menukarkan tumpuan pelabur kepada persidangan yang dijangka akan memberikan petunjuk kepada perubahan polisi monetari seterusnya.

Mario Draghi, Presiden bank pusat eropah (ECB) dan juga pengerusi Federal Reserve, Janet Yellen akan berucap di persidangan hari Sabtu nanti, dan Draghi dijangka tidak akan memberi penerangan terhadap pandangan polisi monetari seterusnya untuk mengelakkan daripada reaksi kenaikan (bullish) pada matawang euro berikutan beliau bimbang akan kenaikan mendadak berlaku pada satu matawang sahaja.

Pada laporan mesyuarat ECB bulan Julai, para pegawai memberi amaran dengan lonjakan yang berlaku pada euro baru-baru ini boleh menghalang usaha bank pusat untuk mencapai sasaran inflasi di bawah dan menghampiri 2%.

Walau bagaimanapun, para penganalisis pasaran menjangkakan emas akan naik semula sebelum persidangan tersebut bermula.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!