banner-mutm-728x90

Share This Post

EMAS / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Pelabur Logam Berharga Ini Pasti Tertunggu-Tunggu Berita Penting Ini!

Pelabur Logam Berharga Ini Pasti Tertunggu-Tunggu Berita Penting Ini!

Harga emas meningkat pada awal Sesi Asia apabila bank-bank pusat serantau diramal bakal mengumumkan dasar monetari tambahan. Langkah ini dilihat perlu bagi menghadapi prospek pertumbuhan yang kian lembap.

Di Comex, emas bagi penghantaran Disember meningkat 0.10% kepada $1,345.90 satu troy ounce.

Silver futures dan copper futures juga masing-masing menunjukkan peningkatan sebanyak 0.14% dan 0.05%.

telegram-moshed

Semalaman, harga emas dilihat berada pada paras stabil seiring dengan peningkatan ekuiti AS yang melonjak ke rekod tertinggi. Selain itu, harga minyak mentah juga semakin rancak meneruskan pemulihan, manakala US Dollar terus melemah disebabkan oleh langkah pelonggaran tambahan yang bakal diambil oleh bank-bank pusat seluruh dunia.

Sejak melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan, harga emas kembali jatuh kira-kira $30 seauns. Pun begitu, logam kuning ini mengalami peningkatan mendadak sebanyak lebih kurang 25% dalam tempoh 7 bulan pertama bagi tahun 2016. Momentum ini dilihat sebagai landasan terbaik untuk emas sebagai salah satu tahun paling kukuh dalam tempoh 3 dekad yang lalu.

Pelabur pada Isnin terus memantau aktiviti bank pusat global dengan teliti menjelang Jackson Hole Summit minggu depan. Pada Isnin, Nikkei jatuh 0.3% dalam pertumbuhan ekonomi yang lemah di Jepun sepanjang tempoh tiga bulan. Perkara ini menambah lagi kebimbangan terhadap pelan rangsangan lanjutan bakal dilancar sebelum akhir tahun.

Disamping itu, pasaran saham di China melonjak kira-kira 3% kerana pelabur bersedia untuk langkah-langkah rangsangan baru dalam ekonomi kedua terbesar di dunia ini. Langkah ini diambil berikutan pengumuman data ekonomi yang lemah pada Isnin.

Bulan lepas, pinjaman bank baru di China meningkat kepada 463.6 billion yuan. Data menunjukkan kira-kira separuh peningkatan dari yang dijangkakan oleh pakar ekonomi dalam kaji selidik Bloomberg. Angka yang lemah ini mencetuskan kebimbangan baru terhadap pelonggaran dasar oleh People’s Bank of China bagi memulihkan ekonomi.

China adalah pengeluar terbesar emas di dunia dan pengguna kedua terbesar logam berharga ini di belakang India.

Semalam Tim Moshed.com mengulas lanjut mengenai situasi yang sedang berlaku di bank-bank Jepun. Klik pautan ini agar anda tidak ketinggalan!

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register