banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Pelabur Masih Berteka-teki Menunggu Keputusan Mesyuarat Fed

Pelabur Masih Berteka-teki Menunggu Keputusan Mesyuarat Fed

US Dollar Index jatuh sedikit pada hari Selasa berikutan pelabur matawang masih menantikan kenyataan dasar monetari terkini oleh Fed sebelum cuti musim panas.

Indeks berada pada nilai 96.90 dan 97.34, sebelum menutup sesi petang Amerika Syarikat kepada 97.17. US Dollar kini telah melonjak 4% daripada pesaing utamanya sepanjang bulan lepas berikutan Brexit.

Secara umumnya, indeks tidak banyak berubah sejak Dasar Sifar Kadar Faedah ditamatkan setelah 7 tahun pelaksanaan. Ini merupakan kadar kenaikan pertama dalam tempoh satu dekad.

telegram-moshed

Disamping itu, pedagang matawang juga dilihat akan terus berhati-hati untuk sesi kedua. Hal ini kerana, FOMC dijangka mengekalkan kadar faedah kepada 0.25 dan 0.50 untuk mesyuarat kali kelima berturut-turut. Pada hari Selasa, Kumpulan CME meletakkan kebarangkalian untuk peningkatan kadar faedah ke paras 2.4%. Walaupun FOMC meletakkan kadar faedah ke paras stabil, penganalisis berpendapat bahawa jawatankuasa ini dilihat lebih cenderung kearah mengetatkan dasar pada lewat September nanti.

Sebarang kenaikan kadar oleh FOMC bakal menyaksikan kenaikan harga untuk US Dollar kerana pelabur asing akan mengambil kesempatan ke atas jumlah keuntungan yang tinggi.

Kesemua peserta FOMC bersidang di Washington DC selama 2 hari untuk mengkaji data ekonomi sebelum undian pada hari Rabu. Walaupun Indeks Keyakinan Pengguna menurun pada bulan Julai, keyakinan pengguna masih kekal untuk lima mata tertinggi sebulan sebelum itu.

Selain itu juga, jualan rumah baru juga meningkat melepasi ramalan konsensus pada bulan lepas. Pada asas tahunan, pembelian rumah baru di Midwest dan Selatan kedua-duanya naik lebih 20% dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Pakar ekonomi pula kurang yakin terhadap potensi pertumbuhan dalam sektor perkhidmatan selepas PMI Services Flash jatuh 0.4 mata dari bacaan terdahulu, 51.3. Apa-apa bacaan di bawah 50.0 memberikan isyarat penguncupan dalam industri.

Di UK, penggubal dasar BoE, Martin Weale mengadaptasi perubahan dasar pada hari Selasa. Beliau memberitahu Financial Times bahawa beliau menyokong “rangsangan segera”. Hal ini berikutan pengumuman gelombang laporan perniagaan yang menunjukkan angka negatif minggu lalu. Weale turut tidak mendedahkan sokongan terhadap pemotongan kadar dalam mesyuarat BoE minggu depan.

GBP/USD turun kepada 1.3136, manakala EUR/USD merosot 0.05% kepada1.0988.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register