Pelakon Termahal Ini Adalah Kegemaran Semua Orang. Kan?

0 5

Dwayne “The Rock” Johnson memanjat tangga selebriti dengan jayanya apabila disenaraikan oleh Forbes sebagai pelakon termahal dengan jumlah bayaran sebanyak $64.5 juta.

The Rock menggandakan bayaran sekali ganda tahun ini berbanding tahun lepas setelah membintangi filem “Central Intelligence”, bergandingan dengan Kevin Hart yang meraih keuntungan sebanyak $210 juta.

The Rock sekarang berlakon dalam siri TV HBO, “Ballers” dan akan datang untuk filem “Moana”, “Fast 8” dan “Baywatch”.

Tempat kedua pelakon termahal adalah Jackie Chan dengan $61 juta, membuktikan bahawa pelakon China yang berusia 62 tahun masih lagi menyengat.

Tempat ketiga pula adalah Matt Damon dengan $55 juta.

Sumber : Forbes
Sumber : Forbes

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa