Pelakon Veteran Ini Membuktikan Bahawa Wang Tidak Boleh Beli Segalanya

0 10

Sir Ian Mckellen, seorang pelakon veteran membuktikan bahawa wang tidak boleh beli segalanya.

Pelakon veteran memberitahu bahawa beliau pernah menolak tawaran mewah untuk menghadiri mahlis perkahwinan sebagai watak Lord of The Rings yang sangat terkenal iaitu, Gandalf.

Katanya, “Saya ditawarkan $1.5 juta untuk mengahwinkan pasangan terkenal di California dan mahukan saya sebagai Gandalf pada majlis perkahwinan itu. Dan saya membalas, ‘Gandalf tidak hadir ke majlis perkahwinan’”.

Sir Ian memberitahu yang dia tahu lelaki yang memberi tawaran tersebut sangat kaya namun tidak pasti akan identitinya kerana tidak pernah berjumpa.

Dikatakan bahawa kemungkinan lelaki tersebut adalah Sean Parker yang memiliki kekayaan sebanyak $2.4 billion yang juga merupakan antara pengasas Facebook.

Sean Parker dan pasangannya telah berkahwin pada 2013 dengan perbelanjaan upacara sebanyak $10 juta mengambil tema Lord of The Rings itu.

Ternyata lelaki ini merubah dunia trading – Klik di sini

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa