Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Pemegang PhD Ekonomi ini Akan Meninggalkan Sistem Fed Pada Oktober Nanti

Pemegang PhD Ekonomi ini Akan Meninggalkan Sistem Fed Pada Oktober Nanti

Presiden Fed Richmond iaitu Jeffrey Lacker yang juga merupakan orang kuat dalam penetapan kadar di AS akan bersara pada Oktober. Perkara ini diberitahu sendiri oleh beliau dalam satu kenyataan semalam.

Lacker yang berusia 61 tahun itu tidak mengundi untuk penetapan kadar pada tahun ini, namun mengambil bahagian dalam perbincangan dasar. Menurut beliau, berkhidmat dalam sistem Fed merupakan satu penghormatan untuk beliau.

Lacker yang telah mengetuai Fed Richmond sejak tahun 2004 telah membantu bank pusat AS dalam melawan krisis kewangan dan membendung masalah kemelesetan ekonomi pada tahun 2007 hingga 2009.

Selain Lacker, Presiden Fed Atlanta iaitu Dennis Lockhart juga akan meninggalkan sistem Fed pada bulan Februari.

Sepanjang tempoh perkhidmatan beliau, Lacker terkenal dengan undian yang selalu bertentangan dengan pengundi dasar yang lain. Antara keputusan yang berlainan dari pengundi dasar yang lain sepanjang penglibatan beliau di dalam sistem Fed termasuklah sokongan terhadap kenaikan kadar faedah pada tahun 2006 dan penentangan terhadap pembelian mortgage backed securities oleh Fed pada tahun 2009.

Pemegang PhD ekonomi ini mula menyertai Fed Richmond pada tahun 1989. Beliau juga dilihat beberapa kali mengundi semasa dan selepas krisis yang memerlukan kadar diletakkan pada kadar yang rendah.

Dalam masa yang sama, Fed Richmond telah membentuk satu jawatankuasa untuk menggantikan tempat Lacker dan mengupah firma Heidrick & Struggles dalam membantu usaha untuk mencari calon yang sesuai bagi mengetuai bank tersebut.

Brexit Bakal Meletakkan 10,000 Jawatan dalam Sektor Kewangan Britain ke ‘Tali Gantung’

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!