banner-mutm-728x90

Share This Post

Inspirasi

Pemilik Alibaba Ini Membongkar Bagaimana Mahu Melihat Nilai Hidup Seseorang Itu

Pemilik Alibaba Ini Membongkar Bagaimana Mahu Melihat Nilai Hidup Seseorang Itu

Adalah sangat jarang dalam industri trading ini yang belajar technical analysis sebagai karier.

Kebanyakan yang berminat dengan trading adalah mereka yang terperangkap dengan pekerjaan 9-5 setiap hari yang dahagakan kebebasan masa dan kewangan.

Pun begitu, untuk menjadi seorang trader dengan 40 jam di tempat kerja, hujung minggu bersama keluarga, dengan tekanan bil eletrik, pinjaman perumahan, pinjaman peribadi dan sebagainya dilihat agak mustahil.

Ingat tak slogan Adidas, “Nothing is impossible!” yang bermaksud tiada apa yang mustahil.

Untuk menjadikan impian bekerja dari rumah kenyataan, pengorbanan diperlukan untuk menjadi seorang trader.

Di Amerika Syarikat, Biro Buruh melaporkan statistik seorang dewasa menonton televisyen setiap hari adalah selama 2.8 jam.

Bercerita mengenai pengorbanan, masa hiburan adalah yang harus dikorbankan untuk menjadi seorang trader terutama jika masih lagi baru dalam bidang ini.

Masa 2.8 jam ini boleh digunakan untuk mengasah skil trading, belajar daripada buku, video, webinar dan sebagainya.

Bak kata Jack Ma, “Untuk mengetahui nilai seseorang adalah dengan melihat apa yang dilakukan setelah punch out daripada pejabat. Adakah dia menambah nilai dengan mengasah skil atau menolak nilai dengan berhibur? Kalau hanya pandai merungut, sampai bila nak berjaya? Berhenti merungut, ubah gaya hidup sekarang!”

Jadi ia bergantung kepada diri sendiri, sejauh mana mahu berjaya dan percayalah impak 2.8 jam yang digunakan untuk belajar dan menimba ilmu itu sangat besar terhadap masa depan seorang trader.

Artikel bersiri ini akan menerangkan bagaimana untuk menjadi seorang trader walaupun bekerja sepenuh masa.

Jadi, stay tuned!

Baca tips & nasihat lain di sini.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register