banner-mutm-728x90

Share This Post

Trader Confessions

Pemuda Ini Ternyata Mempunyai Keazaman Yang Tinggi. Mari Kita Sama-sama Doakannya Berjaya

Pemuda Ini Ternyata Mempunyai Keazaman Yang Tinggi. Mari Kita Sama-sama Doakannya Berjaya

Dari : noA
Tajuk : Hala tuju

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Terlebih dahulu saya ingin memperkenalkan diri saya sebagai noA. Berasal dari negeri yang kaya dengan sumber ‘emas hitam’, Miri Sarawak. Saya merupakan bekas juruteknik di salah satu platform yang di miliki syarikat Petronas Carigali. Cukuplah setakat itu untuk meperkenalkan diri. So let’s go to the story. Saya tidak pandai menulis karangan, namun saya akan cuba untuk menceritakan kisah saya dan forex.

Tahun 2009 adalah tahun di mana saya mengenali forex. Pada tahun itu, saya baru habis study di selangor, mengambil jurusan diploma dalam bidang kulinari. Dan saya bekerja partime as a cook di restoran area subang dengan gaji rm900. Rasanya dengan gaji sebegitu memang sakit untuk menjalani kehidupan di semenanjung bukan? Lebih-lebih lagi di kawasan kotaraya. Setuju?

Pada suatu hari, ketika offday, saya berfikir di rumah sewa berfikir macam mana nak cari income lebih. Sebab hari tu duit dalam wallet tinggal dalam RM10. Jadi saya buka laptop (guna wifi jiran hehe) google ‘pendapatan internet’. Bermacam-macam cara untuk menjana duit dari internet saya jumpa dari pencarian tersebut.

Klik sini untuk belajar Technical Analysis

Jual ebook lah, buat blog lah, dan saya tertarik dengan salah satu hasil pencarian google iaitu ‘robot forex’. Yes. Robot forex. Punyalah cantik ayat pada page tu, “Dalam tido pun boleh buat duit” buat saya tertarik. Saya memang buta forex masa tu. Robot forex tu bernilai RM98 seingat saya.

Duit tak cukup pula untuk beli. So saya discuss ngan housemate saya sebab dia pun nak cari income lebih. Kemudian kami discuss & setuju untuk kongsi beli robot tu. Kami call family masing-masing dan dapat rm50 dari family. Dapat duit, kitorang terus order robot tu.

Dah dapat robot tu, kitorang buka account demo. So kitorang apply lah robot tu pada mt4 dengan berbekalkan virtual money $5,000. Perghhh. Performance robot tu memang cantik. Betul-betul bila tido pun boleh buat duit. Hahaha.

$5,000 tadi hampir mencecah $6,000. 3 hari kitorang tengok performance robot tu. Memang profit kaw-kaw. Kitorang pun decided buka real account. Yelah, dah terbukti boleh untung kan. Saya dah tak ingat berapa rate masa tu tapi yang saya ingat kitorang deposit dalam 15usd. So kitorang apply lah robot tu pada real account. RANAP real account tu! Hahahahah. Mau menangis rasanya. Call family, kitorang tambah depo lagi. Still loss. Masa tu memang tak tahu margin apa semua tu. Akhirnya, kitorang give up guna robot tu. So stop kejap trade forex guna robot tu.

Selang beberapa minggu, saya pergi rumah kawan. Nak copy movie daripada laptop abang dia. Belek punya belek folder, terjumpa folder yang bertulis ‘forex’. Dalam folder tu memang banyak ebook berkaitan forex. Saya tanya kawan saya, ada untung ke abang dia trade forex. Dia cakap memang ada untung. Dia siap cakap abang dia baru beli kereta BMW.

Wow! So saya tanya kawan tu,kenapa dia tak belajar forex dengan abang dia. Dia cakap susah, kena tahu tu lah, ini lah. Okay, apa-apa lah. Kemudian saya minta izin copy file forex tu. Balik ke rumah, saya buka ebook tu dan study.

Dari situ saya nampak jelas apa itu forex. Saya belajar sikit-sikit. Selang beberapa hari, saya deposit semula duit pada real account. Punyalah berdebar jantung nak trade. 1st time trade secara manual. Sebelum ni hanya guna robot. Saya dapat profit dalam $1 untuk 1st entry. Punyalah gembira. Masa tu tahu entry & close order jer. Tak ada SL & TP. Main redah saja entry. Well, account tu tak lama bertahan. Loss abis. Dalam sebulan entah beberapa kali call family nak pakai duit buat depo. Family pun bising. 4 bulan trading then saya stop. Give up.

After graduate tahun 2010, saya balik ke Sarawak. Saya buat kerja partime. Saya ada trade juga tapi masih loss. On off on off trading. 2011, saya mula kerja offshore. Bermula daripada cook hinggalah saya jadi technician pada awal tahun 2014. Saya dah lupakan forex pada masa tu sehinggalah awal 2016. Saya start balik trade forex. Apa yang buat saya trade forex balik adalah sebab saya perlukan backup plan. Harga minyak turun. Lagipun saya kerja contract saja. Anytime contract kena terminate. Namun tiada rezeki di offshore. Contract saya tak disambung pada bulan bulan Jun lepas. Memang ramai member yang kena jugak.

Now saya jobless. Susah nak cari kerja. Tentang forex, saya dah start trading balik secara serius pada bulan januari lepas. Still loss. Last saya trade minggu lepas. MC akibat news. Rasa nak menangis pun ada. Sebab dah tak ada income. Nak harapkan forex, masih merangkak. Entah berapa ribu dah habis dari bulan januari hari tu. Tapi saya still learning about forex. Sebab saya yakin forex can make money. Event though saya loss in this few month, banyak saya belajar. Saya cuma harapkan beberapa traders yang boleh dibuat rujukan termasuk abang Moshed sendiri. Banyak membaca info tentang forex. Let’s back to basic.

So inilah cerita saya dan forex. Maaf sebab saya tak pandai buat karangan. Harap anda semua faham dengan karangan yang mungkin dapat 40 markah. Hahaha. Anyway, saya akan kembali masuk ke dunia Forex. Now im jobless & i got nothing to do. Saya ambil masa ni untuk belajar forex dengan lebih mendalam sambil mengumpul dana untuk buat deposit. Hehe.

Just remember, nothing comes easily. And nothing impossibles in this world. Saya masuk bekerja sebagai tukang masak kemudian jadi seorang juruteknik. Saya belajar, belajar dan terus belajar. So pengalaman ni yang akan saya adapt untuk memasuki dunia forex.

You LEARN, you EARN. Don’t give up. Will I become a trader one day? InsyaAllah. Doakan saya.

Sekian terima kasih.

Luahkan cerita anda, klik di sini.

Share This Post

Lost Password

Register