Penantian Pasaran Komoditi Hitam Masih Belum Berakhir!

0 3

Harga minyak mentah jatuh lagi pada Jumaat berikutan laporan terbaru mengenai jumlah pelantar AS dan pengeluaran minyak mentah dari Baker Hughes.

Minyak mentah di New York Merchantile Exchange menyusut 0.19% kepada $47.289. Di London, minyak Brent merosot 0.18% kepada $49.58.

Minggu lepas, Baker Hughes melaporkan, jumlah pelantar penggerudian minyak di Amerika Syarikat minggu lepas meningkat sebanyak 10 hingga 406.

Harga minyak mentah melonjak hampir 25% pada awal Ogos kerana prospek pembekuan bekalan oleh OPEC dan negara-negara pengeluar yang lain pada bulan depan.

Walau bagaimanapun, harga yang semakin merosot minggu ini membuktikan kebanyakan peniaga masih ragu-ragu dengan keputusan mesyuarat yang bakal diadakan itu nanti.

 3 Strategi Jack Ma, Founder Alibaba Untuk Forex Trading!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa