banner-mutm-728x90

Share This Post

Tips dan Nasihat

Dah Penat Dalam Forex Trading? Baca Nasihat Berguna Dari Full Time Forex Trader Ini

Dah Penat Dalam Forex Trading? Baca Nasihat Berguna Dari Full Time Forex Trader Ini

Anda penat dalam forex trading? Ok saja berhenti sebentar.

Saya lihat orang yang kenal forex ni, tambahan yang baru belajar forex. Macam keretapi laju dia punya pecut.

Sini forex, sana forex. Semuanya tentang forex. 24 jam forex.

telegram-moshed

Saya masih ingat. Masa awal-awal kenal forex trading dulu. Masa tu saya masih student. Belajar di Uniten. Tengah-tengah tidur jam 3 pagi, boleh bangun semata-mata nak monitor profit. Zaman dulu pair macam Pound Yen ataupun Pound US Dollar memang aktif time pagi-pagi.

Dari kelas di U tu, sanggup cepat-cepat nak balik, monitor dah profit ke belum walaupun trade demo sahaja. Dulu mana ada canggih macam sekarang, tak boleh nak monitor price pada MT4 di smartphones saja.

Zaman nokia 3310 mana ada boleh monitor price. MT4 pun tak ada lagi time tu. Guna platform JAVA saja.

Dah macam ketagih. punyalah excited. Padahal, trade pun main hentam saja BUY dan SELL.

Sebenarnya tak salah pun kalau excited tentang forex trading. Tetapi pastikan dahulu, jika anda nak pecut, anda perlu pastikan dahulu anda nak pecut kemana. Ada jalan bengkang-bengkok tak sesuai nak pecut. Boleh terbabas.

Belajar forex ni macam marathon. Kalau terlalu push sangat boleh pening, tambahan proses belajar ini perlu sedikit demi sedikit. Ada perkara yang kita belajar dari pengalaman dengan chart, dengan situasi pasaran dan ekonomi ketika tu. Jadi teruskan monitor dan belajar.

Ramai yang akan letih selepas setahun dua dalam bidang ini kerana rasa tak dapat hasil. Macam mana nak dapat hasilnya kalau perancangan pun tak ada.

Tiada sistem. Tiada trading plan. Kata nak jadi PRO trader, tetapi fundamental pun malas nak baca dan ambil tahu. Teknikal entah kemana. Yang dia tahu, MA(moving average) bersilang sahaja. Letih macam tu.

Ramai yang terlalu excited sampai tak henti belajar. Sebenarnya dalam forex ni. Dia kena belajar satu ilmu. Lepas tu buat test. Perhati. Cuba fokus ilmu teknik tersebut. Try demo sebulan dua. Rasa tak ngam, baru cari lain.

Ini tak. Sebab tu saya cakap laju macam “shinkansen”(keretapi jepun) dia punya pecut. Hari ini belajar teknik ini. Esok tukar teknik. Belajar teknik lain pulak lusa. Dalam sebulan sahaja dekat 15 teknik dia belajar.

Bila kita tanya, dia jawab, ” kena rajin menuntut ilmu bro.” Zzzzz

Last sekali, apa pun dia tak faham. Dan jadi keliru masa nak open order, sebab banyak sangat info. At the end, dia rasa penat dan rasa forex ni mengarut. Padahal salah diri sendiri.

Jadi renung balik. Penat study forex tapi tak berhasil-hasil lagi? Back to basic. Semua asas teknikal macam Candlestick Pattern dan Support dan Resistance sahaja pun dah cukup untuk profit kalau betul-betul fokus dan faham.

Pernah dengar cerita Bruce Lee. Beliau belatih satu jenis sepakan sahaja beribu-ribu kali untuk jadikan teknik sepakan beliau tidak terkalah.

Pernah dengar David Beckham kenapa beliau sangat power dalam “Free Kick” dulu? Tak salah saya, dari info yang saya tahu, beliau berlatih “free kick” sahaja hampir 2 jam sehari masa zaman kegemilangan beliau dalam bola sepak.

Jadi anda penat dalam forex trading? Tak salah pun, rehat sebentar. Renung balik. Dan cuba fokus satu persatu. Pelan-pelan kayuh. Man man aaarr *(dialek bahasa cina, bermaksud pelan pelan yaa)

Gambar: “trading station” saya sementara menunggu flight di HongKong Airport

 

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register