Share This Post

Ekonomi dan Isu Semasa

Pendapat Terkini Dari Presiden-Presiden Federal Reserve

Pendapat Terkini Dari Presiden-Presiden Federal Reserve

Presiden Fed cawangan Dallas Robert Kaplan pada Khamis menganjurkan agar bank pusat menggunakan pendekatan perlahan utnuk menaikkan kadar faedah US. Beliau mengatakan mahu melihat lebih banyak bukti bahawa inflasi bergerak ke paras sasaran 2%.

Kaplan percaya bahawa ekonomi US akan meningkat dari segi GDP lebih pantas daripada dua peratus tahun ini di samping mengurangkan masalah-masalah kecil dalam ekonomi yang disumbang oleh pengetatan pasaran pekerjaan sekaligus menekan inflasi ke atas.

Apabila dilihat secara keseluruhan dalam komen yang diberikan oleh Kaplan, beliau dilihat lebih berhati-hati berbanding Yellen dengan mengatakan kelemahan inflasi boleh jadi adalah sementara dan berfikiran terbuka jika ia bukanlah disebabkan faktor-faktor tersebut.

“Saya melihat bukti-bukti lebih besar bahawa kita menuju ke paras sasaran inflasi 2% dalam jangka masa sederhana,” katanya dalam esei yang bertajuk “Future removals of accomodation should be done in a gradual and patient manner.”

Fed George pada Rabu pula mengatakan kadar faedah jangka pendek (STIR) mungkin terlalu rendah untuk berhadapan dengan kemelesetan ekonomi walaupun setelah empat kali kadar dinaikkan sejak Disember 2015.

George juga mahu perancangan pengurangan penyata imbangan dimulakan dalam masa terdekat.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal