Penerangan Berantai Naik-Turun Nilai Matawang Bermula Daripada Kenaikan Harga Barang

0 1,754

Matawang dolar Kanada (CAD) membuat kenaikan selepas data inflasi negara Kanada dikeluarkan pukul 9.30 malam tadi. CAD melonjak dengan pair USD/CAD jatuh sehingga hampir 100 pip. CAD juga dilihat melonjak berbanding matawang-matawang utama yang lain.

Kesemua bacaan inflasi melonjak dengan harga pengguna (CPI) bulanan naik 0.7% berbanding jangkaan 0.4% dan jauh lebih tinggi daripada bacaan sebelum ini yang merekod kemerosotan 0.4%.

Dengan kenaikan bacaan bulanan sebanyak 0.7%, sudah tentu ia melonjakkan matawang CAD kerana dengan bacaan inflasi yang meningkat sebenarnya juga meningkatkan potensi kenaikan kadar faedah bank pusat Kanada.

Kenapa matawang naik apabila inflasi meningkat?

Sememangnya itulah peraturannya dalam forex trading, di mana inflasi adalah perkara penting yang perlu diambil kira oleh trader. Ia semudah ini, inflasi kita tahu adalah ‘harga barangan yang meningkat’ dan jika kenaikan harga barangan gagal dikawal dengan baik akan menyebabkan masyarakat terbeban dengan harga barangan yang semakin mahal.

Jadi kenapa matawang naik?

Harga barangan yang meningkat (inflasi) tadi memerlukan bank pusat untuk menstabilkan semula harga dengan cara ‘menaikkan kadar faedah’. Sekarang mesti anda tertanya, kenapa kadar faedah dinaikkan boleh mengawal inflasi? Ok, apabila bank pusat menaikkan kadar faedah ia sebenarnya menjadikan kos meminjam wang dari bank menjadi mahal menyebabkan orang sukar mendapatkan pinjaman dan seterusnya mengurangkan perbelanjaan mereka. Ia sebenarnya adalah ‘supply and demand‘ dalam ekonomi, semudah itu.

Jadi kenapa pula kenaikan kadar faedah menaikkan nilai matawang?

Kenaikan kadar faedah sebenarnya memberi kesan positif kepada pelabur-pelabur besar khususnya dalam pasaran bon. Kerana hasil pelaburan pelabur-pelabur ini adalah berdasarkan nilai kadar faedah (interest rate). Jika kadar faedah tinggi, ia akan menarik lebih ramai pelabur dari luar negara untuk melabur. Peraturan yang sama juga ‘supply and demand‘ dalam ekonomi, apabila mereka mahu masuk melabur ke negara A, mereka perlu membeli dahulu matawang negara A itu untuk melabur menyebabkan permintaan matawang negara A meningkat seterusnya nilai matawang itu menjadi tinggi. Ya, semudah itu.

Ia sebenarnya sebab-sebab yang berantai bermula daripada kenaikan inflasi hinggalah kadar faedah dinaikkan oleh bank pusat seterusnya secara langsung nilai matawang turut meningkat.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa