Share This Post

Trader Confessions

Pengalaman Lelaki Ini Ternyata Membuatkan Beliau Lebih Kental!

Pengalaman Lelaki Ini Ternyata Membuatkan Beliau Lebih Kental!

Dari : BobNinjaIjau

Tajuk : Senior tapi masih terkapai-kapai

Assalamualaikum, Saya terpanggil utk berkongsi pengalaman trading setelah membaca artikel prince profit dari web Moshed.com.

Saya mula kenal Forex pada tahun 2006. Ketika itu saya buntu setelah gagal utk menjadi konsultan unit amanah yg berjaya. Masa tu cikgu Forex pertama saya terkenal dgn tagline “Berikan saya laptop dan internet, saya mampu jana beribu-ribu Usd di mana saja. Saya pasti ramai yang kenal beliau.

Berbalik pada pengalaman, profit pertama saya ialah 3 hari selepas saya habis kelas asas trading. Dengan deposit sebanyak $1,000, kami berjaya lock profit sekitar $300 dalam masa beberapa jam saja. Saya dan kawan saya bernama Cot sangat gembira ketika itu. Joint account kami dah profit! Yay!

Kami mula terbayang banglo mewah 3 tingkat dengan kolam renang di atas bumbung sambil bergelimpangan kereta BMW parkir di hadapan rumah.

Selepas itu, pada malam jumaat bersejarah itu, segala entry kami tidak profit seperti semalam. Dan akhirnya market reverse tanpa diduga dengan laju. Market membaham profit dan modal dgn rakus kerana kami tak letak stoploss dan layer tak ingat dunia.

Malam tu market closed dengan floating negatif sebanyak 70% daripada ekuiti. Hujung minggu kami lalui dengan sangat stres dan murung.

Bermula Isnin. Harga GBP/JPY terus menerus terjun. Dan akaun kami yang baru berusia 4 hari tu MC.

Daripada situ kami belajar bahawa market bergerak sebab ada news, big trader, central bank decision dan lain-lain. Dari situ kami belajar dan terus belajar. Analisis teknikal, fundamental dan sentimen pasaran.

Tapi semua ilmu itu belum cukup selagi belum bertarung di medan perang sebenar iaitu live market.

Beberapa tahun selepas itu, kami on and off dlm trading. Walaupun gagal konsisten tapi kami tetap mencari ilmu dari bermacam-macam teknik dari cikgu-cikgu fx yang kononnya holy grail. Kami hairan bagaimana student lain boleh survive dan menjadi ftt dengan ilmu yg sama kami belajar dari sifu dan masta fx itu.

Sesudah itu kami mula beli pelbagai buku. Dan jumpa ramai silent fulltime trader utk menuntut ilmu. Sebulan dua kami konsisten. Selepas akaun grow dan balik modal, keadaan kembali mcm asal. Sentiasa loss dan mc.

Akhirnya, kami kembali semula kepada asas trading forex. Belajar semula setiap indikator asas yg ada dalam mt4. Kami dah tak percaya pada indikator special seperti biru buy, merah sell. Kami bermula dari asas semula dgn mengenal bollinger band, fibonacci, support, resistance, moving average, rsi dan lain-lain. Dan yg paling penting adalah candlestick pattern. Ya, itulah kunci nak faham psikologi dlm market tersebut.

Kami masih lagi belajar utk konsisten dan disiplin dlm mengawal kerugian. Hampir 10 tahun kami kenal fx. Ada juga merasa withdraw. Masih juga merasa MC. Tapi kami tak akan putus asa. Setiap kali hit stoploss atau stopout, kami tak akan berpaling dari laptop. Kami siasat apa punca entry kami gagal dan perkemaskan lagi trading plan kami.

Alhamdulillah, sekarang kami mula nampak apa itu forex trading yang sebenar. Loss dan MC itu perkara biasa. Tetapi yg penting bagaimana caranya kita utk mengawal kerugian.

Untung itu mudah, tapi mengawal emosi ketika rugi itu sangat sukar. Lebih-lebih lagi kalau loss besar selepas profit.

Kini, kami masih lagi belajar dan terus belajar. Kami genggam erat semangat utk jadi trader sebenar. Pembelajaran dalam dunia trading tidak akan ada penamatnya. Market berubah saban tahun. Dan kami juga mesti upgrade ilmu dari semasa ke semasa. Kerana kami percaya walau bertahun-tahun kami mencuba untuk berjaya dalam dunia forex ini, buah kejayaan tersebut pasti akan kami rasai jua akhirnya. Dan kejayaan itu akan datang sendiri dgn sangat besar dan cepat jika kami dah lalui semua cabaran dalam trading. Sekian terima kasih…

* Nights are the darkest just before dawn. Malam yg tergelap adalahketika sebelum subuh.

Hantar Confession anda di sini – moshed.com/hantar-confession

Share This Post

Lost Password

Register