Quotes by TradingView

Share This Post

Berita Lokal / Ekonomi dan Isu Semasa

Penganalisis: Ekonomi Malaysia Kukuh Tetapi Risiko Jangka Panjang Tetap Ada

Penganalisis: Ekonomi Malaysia Kukuh Tetapi Risiko Jangka Panjang Tetap Ada

Malaysia kini merekod pertumbuhan kukuh, pelaburan langsung asing yang stabil dan juga mempunyai asas makroekonomi yang sihat, kata penganalisis ekonomi.

Walaubagaimanapun, Selena Ling, Ketua Penyelidik dan Strategi Kewangan di OCBC berkata dalam ST Global Forum bahawa ada beberapa faktor yang akan memberikan risiko kepada ekonomi dalam jangka panjang.

Antara isyarat yang mungkin menjadi risiko dalam jangka panjang adalah potensi kenaikan cukai, liabiliti kerajaan dan kejatuhan prestasi kekompetitifan di peringkat antarabangsa, menurut laporan The Straits Times.

telegram-moshed

Kesihatan ekonomi dalam jangka panjang juga akan bergantung kepada bagaimana kerajaan mengendalikan pinjaman bagi projek besar infrastruktur. Terdapat juga kebarangkalian cukai GST (Goods and Service Tax) dinaikkan selepas pilihanraya umum.

Ling juga memberi amaran bahawa ketika ini rizab asing Malaysia adalah lebih rendah daripada Indonesia. Sehingga 31 Mei, Indonesia mempunyai US$125 billion rizab asing berbanding Malaysia sebanyak $98 billion.

Antara bukti-bukti positif dalam ekonomi pula adalah kejayaan Malaysia mencatat pertumbuhan ekonomi sehingga 5.6% pada suku pertama, yang mana beliau mengatakan adalah jauh lebih tinggi berbanding jangkaan pasaran 4.8%.

Daripada keseluruhan KDNK, pelaburan langsung asing (FDI) menyumbang kenaikan 8.8% berbanding 8.7% yang direkodkan tahun lalu.

Straits Times juga melaporkan bahawa Ling mengatakan, walaupun hutang kerajaan dan isirumah di paras tinggi, tetapi inflasi masih terurus dan kadar pengangguran adalah rendah.

Tambah beliau lagi, pengukuhan pertumbuhan ini adalah “satu petunjuk terbaik untuk pilihanraya diadakan tahun ini atau awal tahun depan.”

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal