Share This Post

Berita Kalendar Ekonomi / Sesi Eropah

Pengeluaran Sektor Swasta Zon Eropah Terus Meningkat Bulan Ini

Pengeluaran Sektor Swasta Zon Eropah Terus Meningkat Bulan Ini

Aktiviti sektor swasta zon eropah kekal positif pada bulan Ogos selepas sektor pembuatan menunjukkan peningkatan yang kukuh berdasarkan laporan yang dikeluarkan sebentar tadi.

Hasil kaji selidik awal daripada Markit melaporkan, Indeks pembuatan PMI flash meningkat daripada 56.6 pada bulan Julai kepada 57.4 bulan ini, melebihi paras jangkaan 56.3

Sektor pembuatan diransang oleh kadar pengeluaran dan pesanan baru yang melonjak pada bulan Ogos berikutan peningkatan kadar eksport yang cepat berbanding enam tahun yang lalu.

Indeks perkhidmatan PMI pula jatuh 54.9 berbanding jangkaan bahawa kadar akan kekal di paras yang sama seperti bulan yang lalu diparas 55.4

Secara kesuluruhannya, kadar mula naik dan mengembang daripada paras terendah 10 bulan yang lalu pada bulan Julai yang lepas, dan trend ini menjadi kayu ukur kepada aktiviti pengeluaran dalam pembuatan dan perkhidmatan.

Pada indeks bacaan komposit yang mengukur kedua-dua pengeluaran pembuatan dan perkhidmatan, meningkat ke paras tertinggi dua bulan yang lalu, daripada 55.7 pada bulan Julai kepada 55.8 bulan ini, berbanding jangkaan di paras 55.5

Tanda aras untuk menentukan keadaan ekonomi semasa yang positif melalui PMI adalah 50 dan keatas.

Penolong pengarah Markit, Anderw Harker berkata, “Bacaan PMI yang terkini untuk zon eropah menjadi petunjuk kepada kekuatan prestasi ekonomi setiap blok di eropah. Kestabilan dengan kadar perkembangan berterusan adalah suatu perkara yang menenangkan, diikuti peningkatan terhadap jangkaan bahawa pelonggaran bakal berlaku beberapa bulan lagi”.

“Hasil kajian pada dua bulan pertama untuk suku tahun ini adalah konsisten dengan pecahan kadar pelonggaran pada KDNK meningkat 0.6% di suku tahun kedua”, tambah beliau.

 

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!