728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Pengguna Tidak Merasai Impak Penurunan Harga Minyak di California Kerana Faktor Ini!

Pengguna Tidak Merasai Impak Penurunan Harga Minyak di California Kerana Faktor Ini!

Harga borong petrol di California menjadi paling murah di negara ini pada minggu ini. Namun penurunan ini masih tidak mendatangkan kesan kepada pengguna di benua Amerika Syarikat kerana mereka masih membayar harga yang tinggi untuk petrol mereka.

Inventori yang mencukupi disamping operasi penapisan minyak dan import yang agak stabil telah mendorong penurunan nilai petrol di Los Angeles untuk jualan borong. Pengurangan sehingga 60 sen telah dicatat semenjak pertengahan Jun.

Walaubagaimana pun, keunikan pasaran Califonia tidak mendatangkan impak penurunan harga kepada pengguna. Menurut data Pentadbiran Maklumat Tenaga Amerika Syarikat, penurunan dalam pasaran petrol runcit di negeri ini mempunyai purata kurang dari 14 sen.

telegram-moshed

Pada hari Khamis, petrol borong di California didagang di bawah $1,20 segelen. California adalah salah sebuah tempat penghasilan petrol termahal di Amerika Syarikat. Hal ini berikutan keperluan adunan unik dan pengasingan secara relatif, menjadikan petrol disini lebih mahal berbanding tempat lain.

Harga petrol dan minyak mentah diseluruh negara telah menjunam dalam tempoh 2 tahun yang lalu akibat tekanan terhadap lebihan bekalan global. Di pantai Barat, saham petrol berada pada paras tertinggi dalam jangka masa 5 musim sehingga mencecah 29.6 juta tong, lapor EIA.

Penurunan dalam pasaran sekarang (spot market) di seluruh negara telah menjadikan harga minyak lebih murah bagi kebanyakan pengguna di Amerika Syarikat. Di Texas dan New York, purata harga runcit adalah di bawah 41% dan 39% sejak pertengahan 2014.

“Kami masih melihat harga runcit terus menurun, namun penurunan di negara lain tidak secepat di AS,” kata Michael Green, jurucakap AAA.

Kumpulan industri, termasuk West States Petroleum Association berkata, kenaikan harga minyak disebabkan cukai negeri dan persekutuan. Selain itu, harga yang tinggi juga disebabkan bayaran untuk kawalan pencemaran dan standard bahan api karbon rendah di California, sehingga boleh melebihi 63 sen segelen.

Sehingga April 2015, penapis Valero Energy Corp, phillips 66, Chevron Corp, Tesoro Corp dan Royal Dutch Shell Plc mengawal kira-kira 81% daripada pasaran runcit petrol California, menurut data kerajaan.

Wakil dari Tesoro dan Chevron berkata terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada harga petrol di California termasuk cukai dan keadaan pasaran tempatan.

Pada tahun ini, harga yang lebih tinggi menarik perhatian Peguam Negara California Kamala Harris untuk mengambil beberapa keterangan pada bulan Mei sebagai sebahagian dari siasatan. Beliau menjalankan penyiasatan terhadap sebarang kes manipulasi harga petrol sejak 2014. Satu siasatan awal yang dijalankan pada tahun 2006 mendapati bahawa tiada unsur manipulasi.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register