Penggunaan Kereta Elektrik Sepenuhnya Di China Pada Tahun 2030 – BYD Co Ltd

0 51

Syarikat automotif China, BYD Co Ltd menjangkakan negara mereka akan mengubah kepada penggunaan kenderaan tenaga baru (NEV) yang lebih bersih dalam tempoh 10 tahun, satu tempoh masa agresif yang bakal mencabar pembuat kereta konservatif dalam pasaran automotif dunia.

Pengerusi BYD, Wang Chuanfu berkata, “Semua kereta dalam negara (China) akan di tukar dengan tenaga elektrik pada tahun 2030 yang terdiri daripada elektrik penuh atau hybrid”. BYD yang disokong oleh Warrent Buffet, telah meletak satu jumlah pelaburan yang besar dalam pasaran NEV.

Pada awal bulan ini, Timbalan Menteri Industri, Xin Guobin berkata China sudah memulakan kajian yang berkaitan pengharaman penggunaan kenderaan yang berasaskan bahan api fosil seperti petrol dan diesel namun belum memutuskan masa yang akan diambil untuk dikuatkuasakan.

“Langkah-langkah berkenaan sudah pastinya akan membawa perubahan besar terhadap pembangunan industri kereta di China,” kata beliau.

Xin juga menekankan betapa pentingnya dalam tempoh 10 tahun akan datang, industri automotif dapat menyesuaikan diri dengan keperluan industri tenaga baru. Tambahnya, China perlu bersaing dengan pengeluar kenderaan elektrik utama dunia seperti Tesla, Ford dan General Motors.

James Chao, ketua perundingan IHS Markit Automotif Asia Pasifik, Shanghai berkata, “Kemungkinan sangat tinggi untuk jualan semua kenderaan di China dan dunia akan bertukar kepada tenaga elektrik menjelang tahun 2030”.

Walau bagaimanapun, China telah menghapuskan subsidi untuk menyokong pembuatan tenaga baru (NEV) seperti BYD sehingga menyebabkan kejatuhan mendadak pada keuntungan syarikat tersebut setakat tahun ini.

Pembuat-pembuat kerata global juga mendesak China supaya memperlahankan sasaran NEV yang tidak wajar, di mana syarikat tersebut perlu menjual kereta elektrik atau hybrid sehingga 8% daripada hasil jualan keseluruhan kenderaan sebelum tahun depan.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa