728x90_malay_adsprime-tukar-broker

Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Pengumuman Data Pekerjaan Membawa Sinar Baru Buat UK Selepas Isu Brexit

Pengumuman Data Pekerjaan Membawa Sinar Baru Buat UK Selepas Isu Brexit

Nilai pound semakin mengukuh berbanding US Dollar pada Sesi Eropah selepas pengumuman data pekerjaan UK. Hal ini sedikit menggembirakan walaupun kebimbangan terhadap isu Brexit masih tidak berakhir.

Dalam masa yang sama, GBP/USD mencapai tahap 1.3131 semasa dagangan pagi sesi Eropah.

Pergerakan ini konsisten dengan support 1.2968 untuk nilai terendah bagi 12 Julai, dan resistance untuk nilai tertinggi pada 18 Julai.

telegram-moshed

Selain itu, Pejabat Statistik Kebangsaan UK berkata, kadar pengangguran jatuh kepada 4.9% dalam tempoh tiga bulan. Hal ini sama sekali berlainan dari ramalan yang menjangkaan tiada perubahan selepas laporan bulan April mencatatkan nilai 5.0%

Dalam masa yang sama, indek pendapatan sederhana menunjukkan peningkatan sebanyak 400 orang bagi bulan Jun sedangkan jangkaan awal ialah 3,500 orang. Namun, kenaikan sebanyak 12,200 telah dicatat pada bulan sebelumnya.

Sementara itu, indek pendapatan sederhana termasuk bonus, melonjak kepada 2.3% dalam tempoh 3 bulan sehingga bulan Mei. Hal ini sejajar dengan ramalan selepas kenaikan sebanyak 2.0% dilaporkan dalam tempoh yang sama sehingga April.

Seterusnya nilai gaji juga meningkat sebanyak 2.2% tidak termasuk bonus. Nilai ini dilihat tidak menepati ramalan yang menjangkakan peningkatan 2.3% selepas kenaikan 2.2% dalam tempoh 3 bulan sehingga April.

Namun begitu, pelabur kekal berhati-hati setelah IMF menyemak semula unjuran pertumbuhan ekonomi global 2016. IMF juga memotong pertumbuhan ekonomi UK kepada 1.7% berbanding 1.9% sebelumnya. IMF turut memotong pertumbuhan ekonomi UK kepada 1.3% pada tahun 2017 pada jangkaan April kesan dari Brexit.

Sterling juga mencatat peningkatan berbanding Euro, EUR/GBP sebanyak 0.33% kepada 0.8379.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register