Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Asia

Peningkatan Jumlah Bekalan Minyak Mentah dari AS Seolah-Olah Ingin Memusnahkan Harapan OPEC!

Peningkatan Jumlah Bekalan Minyak Mentah dari AS Seolah-Olah Ingin Memusnahkan Harapan OPEC!

Harga minyak meningkat pada hari Rabu setelah mendapat rangsangan daripada usaha pemotongan bekalan oleh pengeksport minyak mentah Arab Saudi. Namun begitu, pasaran komoditi hitam seolah-olah kekal dalam tekanan kerana perjanjian yang telah dirancang sebelum ini ibarat tidak dijayakan sepenuhnya akibat peningkatan jumlah inventori di tempat lain.

Harga minyak Brent bagi niaga hadapan, iaitu penanda aras bagi harga minyak antarabangsa diniagakan pada $53.77 setong, meningkat 13 sen daripada sesi sebelum ini.

WTI mentah juga telah berada pada $50.96 setong meningkat 14 sen dalam sesi ini.

banner-belajar-forex-percuma-300x250

Harga minyak didagang meningkat dalam sesi ini selepas pengeksport minyak utama di dunia memberitahu bahawa sekurang-kurangnya satu tangki penapisan di Asia telah dibekukan sehingga Februari.

Walaupun begitu, peniaga pasaran masih kekal dengan keraguan bahawa perjanjian ini dapat mengembalikan momentum pasaran memandangkan negara-negara yang tidak terlibat dengan perjanjian terus menaikkan jumlah bekalan.

ANZ bank turut menyuarakan kegusaran pelabur terhadap kenaikan bekalan minyak mentah dari AS.

Pentadbiran Maklumat Tenaga AS berkata semalam bahawa pengeluaran minyak mentah meningkat sehingga 110,000 tong sehingga mencatat pengeluaran keseluruhan sebanyak 9 juta tong dalam masa sehari.

Kata bank terbabit lagi, pasaran itu akan kekal dalam tekanan jika data rasmi yang dikeluarkan hari ini turut menunjukkan peningkatan.

Ini Yang Terjadi Kepada Matawang Sesi Asia Sebelum Sidang Akhbar Trump

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register