banner-mutm-728x90

Share This Post

Forex dan Komoditi

Penjelasan panjang market minggu lepas dan akan datang

Penjelasan panjang market minggu lepas dan akan datang

Keputusan Britain untuk meninggalkan European Union (EU) telah mencetuskan huru-hara di pasaran kewangan. Matawang dan ekuiti adalah yang paling teruk menerima kesan akibat undian “Leave” rakyat Britain dengan sterling jatuh sebanyak 10% intraday. Hari jumaat merupakan hari paling teruk sekali bagi British Pound dan semasa sesi trading Asia, GBP/USD mencecah 1.3230 iaitu tahap paling lemah dalam 3 dekad!

Kali terakhir kita pernah melihat pergerakan sebesar ini adalah semasa Krisis Kewangan Global (Global Financial Crisis) dan jika kita tengok sebelum itu adalah krisis Black Wednesday apabila kerajaan UK telah dikeluarkan dari European Exchange Rate Mechanism (ERM). Berdasarkan pemerhatian, impak Brexit akan lebih dasyat dari Black Wednesday dan dapat dilihat melalui pergerakan harga (price action) matawang, gilts dan tahap ketidakpastian di dalam pasaran. Ten-year Gilt yields jatuh ketahap paling rendah.

Tindakan pihak pro-Brexit yang enggan menggunakan Artikel 50 dengan segera malah tidak membuat tindakan untuk meletakkan garis panduan hubungan antara mereka dengan EU memberi kesan buruk kepada sterling. Hanya pasaran saham UK yang tidak menanggung kerugian besar adalah FTSE 100 yang mengakhiri dengan kejatuhan sebanyak -3.15%. Walaupun index jatuh sebanyak 8.7% intraday tetapi menutup kerugian mereka pada kelemahan pound dan harapan kepada U.K stimulus.

telegram-moshed

Apa-apa sekalipun, Brexit adalah hanya satu permulaan kepada lebih banyak deretan masalah kepada England.  Langkah seterus bagi UK adalah untuk memulakan rundingan keluar dengan EU. Rundingan yang akan mengambil masa berbulan ke bertahun akan menyebabkan perniagaan multinasional tidak membuat sebarang pelaburan besar sebaliknay mereka akan aktif merancang untuk memindahkan ibu pejabat dan operasi perniagaan mereka ke negara eropah yang lain.

Dalam tempoh 12 bulan akan datang, ekonomi UK akan “berdarah” dan mereka agak beruntung jika ada walau secubit pertumbuhan pada separuh kedua tahun ini. S&P boleh menarik balik AAA rating dan Bank of England akan bersedia untuk memotong interest rates jika ada walau bau-bau kegawatan.

“Black Friday” atau hari referendum lalu melihatkan GBP/USD close harga 400 pips diatas paras terendah. Semasa Britain dipaksa keluar dari ERM, sterling jatuh sebanyak 5% dan setelah 2 bulan kemudian, ia jatuh lagi sebanyak 15%.

Walaupun kita dapat melihat intraday recovery pada GBP, kemungkinan untuk paras terendah GBP diuji lagi dan pecah adalah sangat tinggi. Nilai kejatuhan GBP/USD pada kadar paling minima sebanyak 1.32 akan berlaku dalam tempoh sebulan atau lebih cepat lagi, pada minggu-minggu akan datang.

Isu Brexit ini akan menjadi isu berlanjutan untuk suatu tempoh di pasaran kerana tiada berita atau laporan ekonomi yang lebih berat selain itu. Apabila UK membuat keputusan untuk menggunakan Artikel 50 nanti, jangan mengembus nafas lega kerana penceraian UK dengan EU adalah sesuatu yang memeningkan kepala!

Penceraian UK dengan EU bukan sahaja memberi kesan buruk kepada EURO akibat kehilangan salah satu ahli EU yang penting, malah menyebabkan Eurozone mula kehilangan jalan mereka yang paling lemah. Kemunculan semangat nasionalisme mungkin akan merebak terutama kepada negara yang sedang bertarung dengan skeptis euro dan perpecahan politik.

Pada jangka masa panjang Brexit membolehkan Eurozone menjadi tumpuan pelaburan yang menarik tetapi untuk masa sekarang, ketidakpastian telah menyebabkan peripheral bond yields Eurozone mencanak, saham bank menjunam, credit default swaps melebar dan euro lemah. Anti-euro berhaluan kanan di separuh selatan Eurozone telah mula menuntut kerajaan mereka untuk membuat referendum seperti UK.

Jika EU berpecah maka Eurozone akan menyusul. Sepanyol mempunyai pilihan raya umum pada hujung minggu ini dan pada masa yang sama ujian pertama bagi euro. Jika Podemos, kumpulan anti-austerity muncul sebagai parti kedua terbesar, ini akan menimbulkan kerisauan terhadap euro dan integrasi eropah.

Selain itu, Risk aversion dan kemungkinan ECG easing juga boleh memberi impak kepada matawang. Tidak lama dahulu, Presiden ECB ada membuat kenyataan akan “melakukan apa sahaja” untuk mengekalkan kestabilkan kewangan dan harga.

Semasa FTSE 100 jatuh hanya sebanyak 3.15%, DAX jatuh 6.8& dan CAC kehilangan 8.04%. Jika peripheral bond yields menampakkan kenaikan atau ekuiti menghadapi kejatuhan yang lebih curam, ECB akan masuk dengan lebih banyak stimulus. Selain dari pilihan raya, jualan runcit Jerman, harga pengguna dan bilangan penangguran juga akan ada pada kalendar. Tetapi, laporan-laopran tersebut masih tidak dapat melangkaui risk appetite.

Kesan daripada Brexit, kita dapat lihat USD dan JPY telah menguat dengan stabil tetapi itu tidak mengejutkan kita kerana tiap kali berlakunya apa-apa krisis, pasti kebanyakan pelabur-pelabur mencari matawang safe haven, iaitu USD dan JPY.

Apabila berlaku keadaan ketidakpastian seperti Brexit ini, pelabur akan cepat-cepat ke safe haven yang mana menjadi salah satu punca kenapa harga Emas menaik sehingga 5%.

Walaubagaimanapun, kesan terbesar daripada Brexit, selain daripada Dow Jones menurun sebanyak 500 point, dijangka kita tidak akan melihat rate hike daripada Fed.

Brexit sekaligus mengubah perbincangan di central bank yang pada asalnya hanya membincangkan sama ada mahu/tidak menaikkan rate. Sekarang apa yang dibincangkan adalah bila dan adakah perlu untuk menyediakan liquidity kepada central bank yang lain. Sebelum ini, Janet Yellen menegaskan   Brexit dan keadaan pasaran yang kucar kacir ini akan menyebabkan Fed terus menangguhkan rate hike ini.

Dan Fed menjangkakan tidak akan menaikkan kadar sehingga September dan berkemungkinan besar akan menaikkkanya sebelum tamatnya 2016. Dalam kata lain, kemungkinan besar juga tiada rate hike pada tahun ini dan USD akan melemah melawan Yen dan matawang lain.

Dari Bank of Japan pula, mereka ada menekankan bahawa mereka akan masuk campur dalam urusan matawang namun masih lagi belum dilaksanakan.Kerajaan Jepun sangat tidak berpuas hati akan volatility terhadap matawang mereka dan langkah seterusnya mungkin akan diambil. Manakala Swiss National Bank dan Danish Central Bank telah masuk campur bagi memastikan matawang mereka dalam keadaan stabil.

Penjualan di pasaran global telah membawa kepada kelemahan meluas pada matawang komoditi tetapi kerugian masih dibawah 2%. USD/CAD didagangkan pada harga tinggi disebabkan kejatuhan harga minyak dan pengeluaran minyak yang rendah.

Kejatuhan terhad AUD dan NZD mencerminkan kestabilan mereka. Selain keputusan luar jangkaan Brexit, kepastian yang didapati hasil referendum adalah kestabilan dasar kewangan US.

Rakan niaga terpenting Australia dan New Zealand iaitu China tidak akan terkesan dengan impak Brexit sebaliknya urusan berjalan seperti biasa. Masalah utama sekarang bagi AUD dan NZD adalah risk aversion tetapi apabila pasaran stabil, mereka antara yang paling awal akan pulih.

Buat masa ini, pencapai terbaik mereka adalah terhadap euro dan pound. China Manufacturing PMIs dijadualkan untuk dikeluarkan pada minggu depan bersama dengan New Zealand Trade Balance, Australia PMI Manufacturing Index dan Canada GDP Numbers.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register