Share This Post

CRUDE OIL / Forex dan Komoditi / Sesi Eropah

Perbalahan Pendapat Oleh Pengeluar Utama Minyak Mentah Menghumban Komoditi Ini ke Paras Terendah!

Perbalahan Pendapat Oleh Pengeluar Utama Minyak Mentah Menghumban Komoditi Ini ke Paras Terendah!

Harga minyak mentah menjunam dalam sesi Asia berikutan percanggahan pendapat oleh pemimpin-pemimpin OPEC terhadap cadangan untuk membendung lebihan bekalan semakin berterusan.

Minyak mentah AS jatuh sebanyak 0.76% kepada $46.72 setong, manakala penanda aras global iaitu minyak Brent pula menyusut 0.85% kepada $48.78 setong.

Pada lewat Isnin, pakar dari negara-negara OPEC gagal mencapai kata putus mengenai butir-butir bagi membendung output komoditi hitam. Reuters berkata, prospek pertemuan OPEC yang bermula pada 30 November ini dilihat agak suram

Hari ini, Institut Petroleum Amerika akan mengeluarkan anggaran inventori minyak mentah AS dan produk tapisan untuk minggu lepas. Angka ini seterusnya diikuti dengan data rasmi dari Jabatan Tenaga AS yang bakal diumumkan pada Rabu.

Semalam, harga minyak melonjak dalam sesi dagangan tidak menentu pada Isnin selepas Menteri Minyak Iraq iaitu Jabar Ali Al-Luaibi berkata beliau yakin bahawa mesyuarat OPEC Rabu ini bakal mencapai kata sepakat bagi memotong jumlah pengeluaran.

Persetujuan ini dilaksanakan bagi mengurangkan jumlah pengeluaran agar dapat diselaraskan berikutan penurunan harga minyak mentah lebih kurang separuh, hanya dalam tempoh 2 tahun.

Pada bulan September, pengeluar utama ini dikatakan telah bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran kepada antara 32.5 juta hingga 33 juta setong.

Walaupun begitu, perjanjian ini ternyata bermasalah apabila Menteri Tenaga Arab Saudi, Khalid Al-Falih mengatakan bahawa harga minyak akan stabil pada tahun 2017 tanpa campur tangan dari OPEC.

Benarkah US Dollar Boleh Menjunam Dengan Mendadak Sekiranya “Trump Bubble” Pecah? 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!