banner-mutm-728x90

Share This Post

Isu Forex Malaysia

Perbezaan Antara Real Forex Trading dan Skim Pelaburan Forex, Kenapa Masih Menjadi Mangsa?

Perbezaan Antara Real Forex Trading dan Skim Pelaburan Forex, Kenapa Masih Menjadi Mangsa?

Ada seorang trader call saya dan bertanya tentang bidang forex. Sedang saya menjelaskannya beliau hairan. Beliau tanya saya,” kena trade sendiri ke tuan ?” Saya jawab, “eh tentulah, dah duit sendiri perlu trade sendiri.”

Tiba-tiba dia meragui broker forex yang saya perkenalkan kerana perlu trade sendiri dan dia berkata terdapat rakannya ‘join forex’ tetapi bulan-bulan goyang kaki, lepak saja tunggu return masuk bulan-bulan, tak perlu trade sendiri. Kalau rajin cari orang lagi bagus dia cakap.

Saya cakap,”Itu bukan trade forex tu, itu skim tu tuan.” Cerita panjang lagi, tetapi saya tamatkan sehingga perbualan itu dan di sini saya nak ulas lanjut tentang kenapa saya katakan itu bukan real forex trading,sebaliknya skim pelaburan money game yang berselindung di sebalik nama forex.

telegram-moshed

Ok kita mulakan dengan begini. Real forex broker menawarkan platform untuk pelanggan trade forex,maksudnya pelanggan atau trader tersebut perlu trade sendiri, perlu faham apa itu forex trading, belajar buy,sell,ekonomi dan lainnya dan tiada kes di mana forex broker memberi return secara tetap, harian bulanan atau tahunan. Dalam mana-mana bahasa pun broker bermaksud orang tengah. Pelanggan ke broker dan broker hantar order pelanggan ke bank. Real Forex broker ini menyediakan platform dan execute order client ke Bank-bank besar yang memberi Liquidity Provider, transaksi jual beli pelanggan tersebut dan mengambil untung atas “spread” iaitu cas yang dikenakan setiap kali pelanggan masuk order. Pelanggan pula untung atas pair currency yang di jual belinya dan there no such thing as broker trade our money.  Jika ada yang cakap, broker akan trade duit kita dan sama-sama untung, dan beri pulangan tetap. Itu ponzi scheme.

 Tapi ada yang cakap ada “sebuah broker” boleh beri return atas investment seperti 10% atau 20% sebulan, fixed return kepada pelanggan kerana broker tersebut untung banyak, dan boleh pula buat sistem MLM, pairing, dan lain-lain kerana tidak perlu membayar duit kepada Introducing Broker kerana broker tersebut menjadikan semua pelanggannya adalah IB. Bagi saya ini tidak logik kerana sistem forex broker sebenar, IB di bayar hasil daripada transaksi pelanggan, contoh pelanggan masuk order 1 pip bersamaan 10 usd. Broker untung atas spread katakan 2 pip iaitu 20 usd. Broker beri kepada IB hanya 0.5/1 pip dan selebihnya untung broker iaitu 10 usd. Bagaimana pula kita boleh jadi IB dan dapat untung atas untung bulanan investment orang bawah ? Ini adalah mengarut.

10% dan 20% sebulan adalah return yang tinggi dan jika betul2 ‘broker’ yang beri itu sah dan real, maka akan berduyun-duyun bank-bank besar, mungkin PNB, kwsp dan lain-lain datang melabur. They cannot guarantee anything.

Kebanyakan orang sudah tahu, skim-skim ini bermaharaja lela mengikut zaman dan trend. Pada ketika dahulu, ramai dikejutkan dengan skim Swisscash, kononnya pelaburan minyak, dan apabila emas mula menjadi trend popular, wujud pula pelaburan Emas dan akhirnya lingkup seperti VGMC dan lain-lain. Sekarang pula apabila forex popular, platform digunakan kononnya pelaburan FOREX pula, dan seperti sejarah kita sudah tahu sebelum ini kononnya broker RGCX,GVF dan banyak lagi yang memberi return pulangan tetap setiap bulan juga telah hangus menelan duit-duit para investor apabila sudah cukup ‘haul’ ataupun owner ingin meneruskan program lain, buka moneygame baru ataupun atas alasan sekatan Bank Negara. Sampai bila kita harus terkena ?

Apa jadi bila GVF yang rata-rata ramai terkena daripada kalangan kaum cina, dan RGCX yang rata-rata ramai terkena adalah dari kaum Melayu tutup ? Ramai yang akan anggap FOREX NI SCAM. Padahal ini bukan salah forex..dan mereka ini just skim-skim yang berlindung di bawah nama forex. RGCX pun ada mt4. GVF pun ada. VGMC guna platform java. Semua sudah tahu tentang ini hanyalah skim, tapi mungkin kerana kelabu mata tentang duit, duit dilaburkan di sini, personal loan dan lain-lain. Selepas tutup, tanggung bayar personal loan sehingga hari-hari tua. Anda nak bangsa anda terus menerus ditipu ? Taraf ekonomi menjadi rendah ?

Ok ramai yang berkata, ” eh tidak, program kami sah kerana berdaftar dengan MT4.” Tergelak saya ! Apa makna berdaftar dengan MT4? Saya tahu yang kamu tidak tahu dan terus ditipu oleh ‘upline’ kamu untuk meyakinkan kamu melabur.  MT4 itu bukan sebuah badan regulator untuk daftar dan lesen. Kamu jika nak daftar broker sendiri pun boleh, hanya langgan platform dari Metaquotes iaitu pengeluar MT4 dan beli dari mereka. Dan kamu setup broker dan gunakan forex sebagai platform kononnya broker forex sedangkan di dalamnya penuh pairing dan leveling Multi Level Marketing.

Jangan salah faham, saya tak bencikan MLM, MLM bagus jika ada produk dan lain-lain tetapi MLM pelaburan yang menggunakan nama forex amat merisaukan saya. Untuk melihat sebuah broker itu sah atau tidak, ia paling tidak pun perlu berdaftar dengan Lesen Regulator yang kuat dan tidak benarkan moneygame, money laundering dan sebagainya iaitu FCA dari Government UK, NFA dari USA dan banyak lagi yang berprestij. Jika badan tersebut kata kami adalah broker sah dari USA. Itu bermaksud mereka perlu berdaftar dengan National Futures Association kerana kesemua company broker forex, atau kewangan yang datang dari US yang sah adalah berdaftar under NFA. Tetapi confirmlah mereka tidak ada lesen-lesen ini kerana mereka hanyalah broker ‘money game’ yang berselindung disebalik nama forex.

Dalam forex trading, ada banyak broker, ada STP broker, market maker broker dan bucket shop broker. Dan yang paling tidak boleh tolerate dan selalu membusukkan nama forex trading adalah bucket shop broker. Broker ini menggunakan MT4 dan melanggan data feed dari broker-broker lain dan mengambil untung atas kerugian trader sewenang-wenangnya. Order trader tidak sampai ke bank, hanya berlegar-legar di dalam server mereka. Broker jenis ini juga yang ramai gunakan sebagai modus operandi utk jadikan “broker fixed return”.

Saya pasti ramai yang marah saya akan pendedahan ini, tetapi ini ditulis demi kebaikan forex trading arena di Malaysia, agar ramai tidak tertipu dengan skim-skim pelaburan forex dan akhirnya menyalahkan forex sekaligus membantutkan usaha-usaha “pihak-pihak tertentu” untuk meng-legalized-kan forex trading di Malaysia yang kini memang tidak dibenarkan. Tetapi jika semua trader berdiam diri, dengan perkara-perkara begini saya yakin, forex akan mendapat nama buruk dan ‘REAL FOREX TRADER’ yang buat duit dari trading semata-mata pun akan malu mengaku trade forex kerana risau dituduh menjalankan pelaburan dan skim forex.

Saya juga terkesan kerana selama ini jika ada orang tanya saya,kerja apa, saya jawab “saya trade forex”, terus akan di pandang dengan pandangan sinis dan mereka anggapkan kita melabur forex dan forex itu sebuah pelaburan bukan trading. Ini amat memberi nama buruk forex, kerana ‘money game’ come and goes, akan still ramai terkena dan yang baru terjebak dalam forex mungkin membenci forex kerana mereka tidak tahu mereka sebenarnya melabur dlm program labu peram dan bukan lah trade forex sebenar.

“Eh kami boleh melabur dapat fixed income dan juga boleh trade.” Ya memang kamu boleh trade since your broker give it as option to you so you think that they are real forex broker, but it wasn’t. 95% trader akan rugi dan hanya 5% untung. So apa yang diorang takut, diorang bagi la kamu trade supaya kamu rasa macam kamu trade betul-betul and they know with your experience and attitude you will loss in forex trading. Dan semua ini bukan lah alasan, alasannya this is just money game and it not even registered in any BADAN REGULATOR. Yang berdaftar tu, alamat tu mungkin VIRTUAL OFFICE yang boleh di daftar dengan bayaran beberapa sahaja sebulan. Virtual office ni boleh angkat call, kononnya mcm secretary, transfer call ke no sebenar dan client tak akan sedar. Sila google apa itu virtual office.

Ok this is all the point. For me, jika nak terlibat dalam forex, check broker sah atau tidak, berdaftar di mana dan they are no such fixed return on investment. Jika ada itu adalah ponzi scheme dan scam broker. Broker did not share anything with you on investment since they not trading your money, they only share spread commission for IB. Pergi belajar, dan jangan malas sangat jika nak kaya. Nothing come easy and if it was easy, everybody would do it ! Saya pun masih belajar dalam forex ini.

Kepada trader-trader forex yang baca artikel ini, diharap dapat share supaya orang akan tahu perbezaan real forex business dan skim cepat kaya yang berlindung disebalik nama forex trading. Demi kesejahteraan industri forex trading di Malaysia.

Elakkan tertipu dengan pelbagai skim berselindung di bawah nama forex. Jika anda hendak Belajar Forex dari A to Z, dari Zero ke Profesional, tetapi takut tertipu atau keliru dengan pelbagai pendapat tentang forex, sila dapatkan Pakej MoshedFX’s Ultimate Trader Mastery yang dihasilkan oleh MoshedFX sendiri. Semua diceritakan di sini dari A to Z. – KLIK SINI

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register