728x90_malay_adsprime-trading-bonus

Share This Post

FBS Inc / Tips dan Nasihat

Perbincangan Tentang Tamak Dalam Forex Trading

Perbincangan Tentang Tamak Dalam Forex Trading

 

 

Tamak dalam Forex Trading

Tamak dan takut adalah emosi yang sangat kuat dalam forex tading, yang memberi kesan kepada semua forex traders. Walaupun mereka yang paling berpengalaman dalam bidang ini pun masih rasa tamak dan takut. Saya pun masih ada rasa tamak. Bezanya ada trader mampu kawal, ada trader tidak mampu kawal. Ada trader yang tahu, di mana perlu tamak, di mana tak perlu tamak.

Disenaraikan disini bagaimana ketamakan dilihat dalam forex trading, dan bagaimana anda boleh mengambil kesempatan daripada ketamakan orang lain.

#Memperbesarkan size lot trading

Selepas trading untuk beberapa waktu, anda mula berasa yakin. Ketamakan mula dirasai dan anda membesarkan lot position anda untuk membuat lebih banyak wang. Risiko? Apa ada hal dengan risiko? Anda mengabaikan risiko yang lebih besar hanya kerana anda melihat keuntungan yang lebih besar.

Ini adalah cara paling mudah untuk rugi. Ramai forex trader cenderung untuk membesarkan size position mereka dengan “cara yang tidak seimbang”, menaikkan lot trading pada size yang tidak sesuai dengan modal trading di dalam akaun.

Dengan kawalan money management yang entah ke mana, hanya dengan beberapa trend trading bertukar arah dengan pantas, bakal menjadikan anda “pendeposit tegar.”

Ayat yang biasa kita dengar, “ tersilap letak size lot la..”. Padahal tamak. He he 😀

#HOLD Position terlalu lama dalam sesuatu posisi trading

Anda merancang trade dengan teliti dan memasuki pasaran. Dan kini, ianya berlaku dengan tepat seperti apa yang anda telah jangkakan dan pasaran bergerak ke arah anda. Hebat! Walau bagaimanapun, anda tidak meletakkan Take Profit atau pair itu belum lagi mencapainya. Ia semakin dekat, tetapi ia belum sampai lagi.

Jadi, adakah anda membiarkan “keuntungan anda terus berjalan” dan tidak berpuas hati dengan sedikit keuntungan sahaja? Ketamakan memberitahu anda untuk berbuat demikian, dan ketakutan memberitahu anda untuk menutup trade anda. Anda boleh berkompromi dengan menggerakkan Stop Loss kepada titik pulang modal, atau untuk sedikit keuntungan. Kira set BE (breakeven) lah kiranya. Terlalu ramai traders cenderung untuk tidak berbuat apa-apa dan membiarkan position trading terus terapung dan berharap harga akan mencapai Take Profit atau terus bergerak mengikut kehendak mereka selama-lamanya, sedangkan kadang-kadang sudah kelihatan “something wrong somewhere” pad acara pergerakan chart. Tetapi terus yakin dengan hold position yang rasa tidak berapa kena.

Ini mungkin berakhir dengan perubahan arah pasaran dan trade yang rugi.

#Mengambil kesempatan daripada ketamakan orang lain

Seperti yang dinyatakan di atas, banyak posisi trading yang berjaya profit tetapi tidak menjadi kenyataan, dan ianya terus terapung apabila hold terlalu lama. Apabila kedua-dua trades terbuka ini terkumpul dalam arah tertentu, trades ini akhirnya perlu ditutup. Apabila ini berlaku, pasaran bergerak ke arah yang bertentangan.

Baru-baru ini, posisi trading berbanding Euro mencapai tahap melampau. Terlalu ramai traders menjangkakan Euro untuk terus jatuh dan jatuh untuk masa yang lama. Apabila jualan Euro mencapai tahap melampau, Euro mula mengubah aliran ini dengan mendapat “pembelian” pada harga murah. Dan ia terus bertambah berbanding dolar AS dan juga berbanding mata wang lain seperti dolar Australia.

Traders yang menyedari awal ketamakan melampau ini boleh mendapat manfaat daripada aliran ini dan mendapatkan harga yang cantik dalam membeli Euro atau menjual USD.

Inilah cara professional trading, bukan hanya melihat faktor teknikal, tetapi juga melihat psikologi dan juga emosi trader lain dalam pasaran.

Apa pendapat anda? Bagaimana anda “melayani” sifat tamak ini?

Pernah dengar “Greed is good?”. Tamak pada tempat yang betul jika anda sudah menginsurankan modal trading anda. Broker FBS membayar balik kerugian anda, apabila anda sudah trade mencapai lot tertentu. Klik banner di bawah untuk info lanjut :-

Share This Post

Profile photo of Moshed Mohamad
Pengasas Moshed.com. Beliau ialah seorang trader sepenuh masa. Perkongsian Analisa Fundamental dan Teknikal serta pengalamannya yang luas dalam bidang ekonomi, komoditi, forex dan indeks sejak tahun 2006 dibaca hampir 100,000 pengunjung setiap bulan. Antara solusi terbaru beliau dalam membantu forex trader mencapai kejayaan dalam forex trading adalah Pakej MoshedFX's Ultimate Trader Mastery

Lost Password

Register