Share This Post

Tips dan Nasihat

Percayalah, Inilah Teknik Ajaib Yang Dicari-cari oleh Trader Selama Ini

Percayalah, Inilah Teknik Ajaib Yang Dicari-cari oleh Trader Selama Ini

Sebelum belajar teknik ajaib, baca kata-kata Jack Ma ini dan juga ketahui cara memilih gaya trading jika bekerja 9-5 setiap hari.

Ramai di antara trader yang sudah trade bertahun lamanya namun tetap masih belum berjumpa dengan rentak yang betul.

Kenapa?

Sebabnya adalah kerana ramai dalam kalangan trader, mencari teknik langit ketujuh yang kalau in-position confirm untung.

Apa yang membahayakan daripada perilaku ini adalah, setiap kali keluar teknik baru, dia akan beli ebook, masuk kelas untuk belajar sesuatu yang baru.

Dan lagi menakutkan adalah apa yang dipelajari sebelum itu, terutama perkara asas ditinggalkan begitu sahaja.

Jadi, sampai bila-bila akan jadi trader newbie padahal yang sudah dipelajari masih belum dikuasai lagi.

Tiap kali ada teknik yang namanya sangat catchy seperti Teknik Tikaman Berdarah Memancung, berduyun-duyun trader mula tak senang duduk nak belajar teknik Holy Grail” ini.

Dan apabila yang sebelum ini tidak dikuasai dengan baik, jadinya pencapaian pembelajaran tidak mencapai tahap100% dan apabila belajar teknik baru sudah tentulah akan bermula dengan O.

10 teknik baru, 10 kali jadi newbie. Sampai bila nak jadi newbie?

Pilih satu gaya atau teknik trading yang sesuai, yang memang ada dalam Analisa Teknikal asas, gunakannya sehingga menjadi.

Jadi teknik yang diperlukan adalah teknik memilih perkara asas dalam Analisa Teknikal dan penguasaannya.

Klik di sini untuk belajar Forex.

Share This Post

Founder Moshed.com – Berpengalaman 11 tahun dalam bidang Financial Market. Portfolio beliau merangkumi Forex, CFD, Komoditi, Indeks, Saham dan juga Bitcoin (Crypto). Perkongsian beliau dalam Buku Rahsia Jutawan Forex dari Rumah dan Buku Analisis Fundamental untuk Forex Trader sudah membantu ramai orang berjaya dalam bidang ini.

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!