Perdana Menteri UK, Theresa May akan melakukan beberapa lawatan penting minggu ini

70

Theresa May, Perdana Menteri baru UK akan bertemu dengan Canselor German iaitu Angela Merkel pada hari rabu ini bagi membincangkan bagaimana mereka boleh bekerjasama dengan berlakunya Brexit.

Ini merupakan lawatan asing pertama Theresa May sebagai perdana menteri.

Jurucakap pemimpin UK juga berkata Theresa May juga akan berkunjung ke Perancis pada hari khamis untuk berjumpa Francois Hollande, Presiden Perancis.

Topik yang akan dibincangkan oleh mereka adalah Brexit, serangan di Nice dan kerjasama melawan pengganas.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat