banner-mutm-728x90

Share This Post

Inspirasi

Pergaduhan Ini Sering Berlaku Tanpa Disedari Dan Ia Memberi Kesan Mutlak!

Pergaduhan Ini Sering Berlaku Tanpa Disedari Dan Ia Memberi Kesan Mutlak!

“Engkaulah apa kau fikirkan,
Terkandung dalam pemikiran,
Kau fikir boleh melakukan,
Fikirkan boleh”

Teringat lagi ketika lagi ini diputarkan dalam radio, kaca televisyen, atlit badminton lejen yang sentiasa menjadi sebutan hari ini membuktikan bahawa mereka BOLEH berjaya dalam bidang yang mencabar.

Ramai dalam antara kita juga sangat terinspirasi daripada lagu ini dan juga para atlit badminton untuk push diri sendiri supaya terus berusaha dan capai kejayaan.

Pun begitu, jalan kejayaan tidaklah begitu mudah. Kalau mudah, semua orang sudah berjaya kan? Betul tak? Dan kejayaan itu sendiri berbeza penafsirannya bagi tiap orang.

Antara halangan yang akan sentiasa menghalang menghalang sebenarnya adalah DIRI SENDIRI. Tak percaya?

Katakanlah hari ni nak pergi workout, nak ada gaya hidup sihat. Pukul 5 petang punch out keluar pejabat, 10 minit drive balik rumah.

Sampai rumah dah fikir dah nak pergi gym, hari ni nak buat bicep. Duduk sekejap, mula timbul rasa malas, rasa penat, padahal semua tu dalam fikiran saja.

Dalam fikiran, kita bergaduh dengan diri kita sendiri. Nak tengok siapa yang menang, tengok pada tindakan seterusnya, nak teruskan tengok tv atau pergi gym. Kan?

Sama macam dalam trade, kita akan berperang dengan diri sendiri, antara tamak dan takut. Sebelum trade lagi dah berperang, nak tengok chart ke tidak, nak tulis trading plan ke taknak.

Sebab itulah, apabila mahu lakukan sesuatu, mahu capai perkara yang kita tak pernah capai, perkara nombor 1 paling penting adalah mindset.

Ubah mindset, letakkan matlamat, yakin dengan diri sendiri. Itu resepi kejayaan.

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal

Lost Password

Register