Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah

0 13

Forex

Matawang dolar Australia dan matawang New Zealand mencatat penyusutan berbanding US dolar pada hari Khamis dalam sesi dagangan Eropah.

AUD mencatat penyustan sebanyak 0.46% kepada 0.7579 berbanding US dolar. Matawang NZD juga mencatat penyusutan sebanyak 0.65% kepada 0.6838 setakat jam 04.25 p.m.

  • Penyusutan AUD didorong oleh faktor data imbangan dagangan yang lemah.
  • Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Statistik (ABS) lebihan imbangan dagangan Australian mengecil kepada AUD 105 juta pada bulan Oktober daripada bulan September yang mencatat lebihan AUD 1604 juta.
  • Selain itu, yang mendorong penyusutan AUD adalah pengukuhan US dolar.

 

  • US dolar kembali mengukuh selepas Senat Republik bersetuju untuk membuat rundingan dengan perwakilan Rumah berkenaan reformasi cukai.
  • US dolar juga mengukuh berikutan data peluang pekerjaan sektor swasta bertambah 190,000 pekerjaan pada bulan November.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang mengukuh sebanyak 0.06% kepada 93.56 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Khamis setakat jam 04.25 p.m.

Minyak

Harga minyak naik pada hari Khamis selepas mengalami kejatuhan berturut-turut.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember naik sebanyak 0.11% kepada $56.02 setakat jam 04.25 p.m.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London naik sebanyak 0.31% kepada $61.41 setong setakat jam 04.25 p.m.

  • Faktor peningkatan harga minyak ini masih didorong oleh sentimen sesi dagangan Asia.
  • Peningkatan harga minyak didorong oleh kejatuhan inventori minyak mentah US, namun inventori minyak gasoline dan produk minyak mentah meningkat.
  • Inventori minyak mentah jatuh sebanyak 5.6 juta tong bagi minggu yang berakhir 1 Disember kepada 448.1 juta tong.
  • Inventori minyak gasoline naik 6.8 juta tong kepada 220.9 juta tong.

Emas

Harga emas jatuh ke paras terendah 4 bulan lalu pada hari Khamis dalam sesi dagangan Eropah berikutan tumpuan pasaran pada kemajuan terhadap reformasi cukai dan sentimen pengguran undang-undang cukai tersebut yang semakin mereda.

Emas dalam niaga-hadapan (futures) di Comex mencatat kejatuhan sebanyak 0.49% pada Khamis kepada $1,259.90 setakat jam 04.25 p.m.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa