Share This Post

Forex dan Komoditi / Terkini

Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah

Pergerakan Pasaran Tukaran Matawang, Emas dan Minyak Mentah Dalam Pasaran Eropah

Forex

Matawang Australia dolar menyusut berbanding U.S dolar pada hari Khamis. Manakala New Zealand dolar mengukuh berbanding U.S dalam sesi dagangan Eropah.

AUD menyusut sebanyak 0.11% kepada 0.7570 berbanding U.S dolar setakat jam 04.50 petang.

AUD menyusut berikutan matawang U.S dolar yang kembali pulih daripada kejatuhan selepas minit mesyuarat FOMC.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain menyusut 0.05% kepada 93.10 dalam sesi dagangan Eropah pada hari Khamis. Matawang US dolar semakin pulih daripada kejatuhan awal pagi hari ini.

  • Berdasarkan minit mesyuarat tersebut, pembuat dasar Fed dijangka akan meningkatkan kadar faedah dalam masa terdekat.
  • Dalam masa yang sama, beberapa ahli pembuat dasar mengkhuatirkan kadar inflasi yang masih lemah. Mereka berpendapat peningkatan kadar faedah haruslah sejajar dengan data ekonomi terutamanya kadar inflasi, jika tidak ia akan membawa kepada risiko yang lebih buruk.
  • Aktiviti pengambilan untung semasa sesi Asia dengan kurangnya laporan ekonomi penting menyebabkan pemain pasaran menutup posisi mereka menjelang cuti umum ‘Thanksgiving’ di Amerika Syarikat pada Khamis.

Matawang NZD juga mengukuh sebanyak 0.03% kepada 0.6885 setakat jam 04.50 petang. Bacaan ini melebihi bacaan tertinggi 17 bulan lalu pada 0.6780.

Matawang Euro mengukuh sedikit sebanyak 0.19% kepada 1.1844. GBP/USD juga menyusut sebanyak 0.05% kepada 1.3313 setakat jam 04.50 petang.

Minyak

Harga minyak meneruskan kejatuhan dalam pasaran Eropah, apabila minyak mentah U.S jatuh daripada paras tertinggi 2 tahun lalu.

Minyak mentah WTI (West Texas Intermediate) bagi kontak penghantaran Disember jatuh sebanyak 0.14% kepada $57.94 setakat jam 4.50 petang.

Minyak Brent pula yang didagang ICE Future Exchange di London jatuh sebanyak 0.19% kepada $63.20 setong ssetakat jam 4.50 petang.

  • Pelabur khuatir dengan peningkatan minyak mentah U.S walaupun terdapat penutupan saluran minyak Keystone
  • Saluran minyak Keystone merupakan saluran yang mengeluarkan minyak terbesar daripada Kanada ke U.S.
  • Penutupan saluran itu menyebabkan U.S kehilangan 590,000 tong minyak setiap hari.
  • Aktiviti penggalian minyak U.S telah meningkat daripada 316 rig pada pertengahan tahun 2016 kepada 738 rig pada minggu lepas.

Emas

Harga emas jatuh dalam pasaran Eropah pada hari Khamis, berikutan kecairan dagangan semakin kecil. Namun kejatuhan harga emas terhad kerana penyusutan U.S dolar.

Pasaran hadapan emas bagi bulan Disember di Comex NYMEX jatuh sebanyak 0.19% kepada $1,289.69 per auns setakat jam 04.50 petang.

Share This Post

Dapatkan update terkini, analisis pasaran, Indikator Magic Line, Ebook Panduan Broker serta banyak lagi....

Join subscriber Moshed.com dan dan dapatkan semua ini sekarang!

Jangan risau! Kami hanya akan menghantar info-info menarik utk anda. Tiada SPAM!