Pergerakan Semasa Pasaran Forex Pada Awal Sesi New York

0 478

US dollar didagangkan kekal rendah pada awal sesi New York pada Isnin berbanding beberapa matawang utama dunia. Penganalisis berpendapat kejatuhan US dollar adalah disebabkan serangan oleh Amerika Syarikat ke atas Syria pada Sabtu yang akan menambah lagi ketegangan dengan Russia.

Pasaran juga bimbang dengan potensi respon yang akan diambil oleh Russia selepas serangan itu.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain susut 0.39% setakat pada pukul 9.43 malam.

Namun, sentimen pasaran global keseluruhannya adalah positif pada Isnin dengan pasaran saham Wallstreet yang dibuka lebih tinggi pada Isnin. Ketiga-tiga indeks utama Wallstreet dibuka lebih tinggi sebentar tadi.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini naik 0.44% dengan GBP/USD naik 0.58%. USD/JPY pula susut 0.16% setakat pada pukul 9.46 malam.

Matawang paling kuat pada pembukaan sesi New York adalah GBP dan diikuti oleh matawang Euro. Manakala matawang paling lemah adalah NZD dan USD. GBP/USD setakat ini naik 81 pip dan GBP/NZD naik 113 pip. EUR/USD pula naik 58 pip dengan EUR/NZD naik 74 pip.

Minggu ini tumpuan akan terus terarah kepada perkembangan isu geopolitik di Syria khususnya tindakan yang akan dimabil Russia. Selain itu, perkembangan perang dagang antara Amerika-China juga akan terus diperhatikan.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa