Pergerakan Semasa Pasaran Forex Setakat Pada Petang Ini

0 582

Pelabur di Amerika Syarikat beralih daripada aset berisiko semalaman selepas pasaran saham China merekodkan kejatuhan yang lebih banyak pada Jumaat.

Wallstreet pada Khamis membuat kejatuhan dengan harga minyak mentah juga merosot. Dalam masa yang sama emas dan Yen pula mengukuh dengan sentimen kini dilihat berisiko.

Kejatuhan pasaran saham pada Khamis sehingga Jumaat disebabkan kebimbangan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global yang semakin perlahan. Pertelagahan perdagangan, isu Brexit yang tidak pernah selesai, dan unjuran pertumbuhan ekonomi global yang rendah oleh IMF adalah faktor yang mempengaruhi sikap pelabur ketika ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang yang lain membuat kenaikan 0.10% setakat pada pukul 5.53 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.05%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.04%. USD/JPY pula naik 0.16%, dengan USD/CAD didagang 0.24% lebih rendah. USD/CHF pula didagang meningkat 0.01%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing mencatat kenaikan 0.21 dan 0.60% setakat ini.

US dollar membuat kenaikan pada Khamis, manakala kebanyakan matawang utama pula melemah. Euro meleset dengan banyak pada Khamis semasa perhimpunan EU berlangsung dan Sterling juga membuat penurunan berikutan data jualan runcit yang merosot.

Buat masa ini, apa sahaja berita yang tersebar tentang Brexit, bajet Itali dan apa juga berita di Eropah akan menyebabkan volatility (turun-naik) kepada matawang tunggal Euro.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa