Share This Post

Forex dan Komoditi / Sesi Eropah / US Dolar

Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

Pergerakan Semasa Pasaran Tukaran Matawang Forex Setakat Petang Ini

US dolar sedikit pulih daripada paras terendah 10 bulan lalu berbanding matawang utama pada Isnin dengan data terbaru dari China meningkatkan keyakinan pelabur. Sentimen positif dalam pasaran telah banyak membantu matawang berfaedah tinggi seperti Aussie sejak beberapa minggu lalu.

US dolar setakat pukul 5.30 pm dilihat mengukuh berbanding matawang utama dunia dengan indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain naik 0.13% selepas jangkaan rangsangan monetari ekonomi US akan dikekalkan lebih lama.

“Sentimen pasaran kekal positif selepas data terbaru menunjukkan potensi tambahan dalam matawang berfaedah tinggi (high-yielding currencies),” kata David Madden, pakar strategi pelaburan di CMC Markets.

Aussie mencapai paras tertinggi dua tahun lalu berbanding US dolar dengan resistance penting berada di sekitar 0.7700 telah ditembusi. Ketika ini Aud/Usd berada di sekitar 0.7808 setakat pukul 5.37 pm.

Yen setakat ini hampir tidak berubah berbanding US dolar dan berada di sekitar 112.52.

Eur/Usd pula susut 0.09% sejak pembukaan pasaran Asia dan sedang didagang di sekitar 1.1456

Gbp/Usd pula susut 0.21% setakat pukul 5.43 pm.

US dolar menjunam pada lewat dagangan minggu lalu apabila sekali lagi data inflasi US mengecewakan pasaran. Ini mengurangkan potensi kenaikan kadar faedah The Fed beberapa bulan akan datang.

 

 

Share This Post

Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal