Pergerakan Terkini Pasaran Forex Pada Awal Sesi New York

0 374

US dollar meneruskan kenaikan sejak sesi Asia selepas menjadi matawang paling kuat berbanding beberapa matawang utama yang lain. Kini matawang safe-haven menjadi pilihan pelabur selepas Amerika Syarikat memburukkan isu perdagangan global apabila mengancam China dengan tariff berjumlah $200 billion.

US dollar dilihat mengukuh berbanding matawang utama yang lain termasuk Yen, Swissy, GBP dan lain-lain, namun gagal mengukuh berbanding matawang Euro.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.04% dengan GBP/USD didagang 0.09% lebih rendah. USD/JPY setakat ini pula naik 0.14%, USD/CAD naik 0.19% dengan USD/CHF membuat penurunan 0.10%. Pair AUD/USD dan NZD/USD pula masing-masing jatuh 0.78% dan 0.60% setakat pada pukul 9.30 malam.

Matawang paling kuat setakat ini adalah US Dollar dan Swissy (CHF) dan matawang paling lemah adalah AUD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/USD dan AUD/CHF masing-masing merekodkan kejatuhan 0.76% dan 0.86% setakat ini.

Dengan pengukuhan US dollar, dan kejatuhan harga komoditi telah menyebabkan matawang berkadar faedah tinggi AUD dan NZD begitu tertekan pada Rabu. Sebagai contoh, AUD adalah matawang komoditi di mana ekonomi Australia banyak bergantung kepada eksport komoditi ke China.

Dari sudut yang lain, pengukuhan US dollar pula telah menyebabkan harga komoditi menjadi semakin mahal kerana kebanyakan komoditi di dunia dinilai dalam US dollar.

Selepas beberapa hari pelabur aktif dalam mengambil risiko, kini telah tercetus sentimen Risk-Off yang memburukkan prestasi saham global. Wallstreet pada Rabu dibuka rendah dengan Nasdaq, S&P500 dan Dow Jones masing-masing susut 0.59%, 0.54% dan 0.63% setakat pada pukul 9.48 malam.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa