Pergerakan Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Malam Ini

0 627

US dollar kekal lemah pada awal sesi New York pada Isnin dengan matawang paling kuat ketika ini adalah Euro. US dollar pada minggu ini bermula dengan bercampur-campur.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama yang lain susut 0.05% setakat pada pukul 10.18 malam.

Major pair EUR/USD membuat kenaikan sebanyak 0.27% dengan GBP/USD susut 0.16%. USD/JPY  setakat ini membuat kenaikan 0.37%, USD/CAD pula naik 0.51% dengan USD/CHF susut 0.04%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing menguat sebanyak 0.22% dan 0.17%.

Matawang paling kuat setakat ini adalah Euro, manakala matawang paling lemah adalah CAD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair EUR/CAD naik sehingga 0.78% iaitu 91 pip setakat ini.

Euro melonjak tinggi sejak sesi Asia berikutan komen Menteri Ekonomi Itali yang berkata tidak akan meninggalkan Eropah sekaligus mengurangkan kebimbangan terhadap potensi keluarnya Itali dari Kesatuan Eropah.

Euro juga mendapat sokongan selepas komen Jerman yang mengatakan mereka masih sangat terbuka untuk bekerjasama dengan Amerika. Pasaran ketika ini juga menjangka ECB akan mula membincangkan soal penamatan rangsangan pembelian bon pada Khamis.

CAD nampaknya terus terkesan daripada ketegangan antara Presiden Trump dan PM Kanada. CAD adalah matawang paling lemah setakat ini.

Matawang GBP adalah antara matawang yang paling banyak bergerak pada awal sesi Eropah disebabkan data ekonomi yang jauh meleset daripada jangkaan pasaran. Pair GBP/USD jatuh hampir 100 pip pada pukul 4 petang tadi.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa