Perjumpaan dua menteri kewangan yang akan membincangankan isu Yen dan USD

0 4

Menteri kewangan Jepun dan Amerika Syarikat akan mengadakan perjumpaan 2 hala pada sabtu ini di Chengdu, China sebelum mesyuarat pemimpin kewangan untuk G20.

Menteri Kewangan Jepun, Taro Aso dan Setiausaha Perbendaharaan (Treasury Secretary) Amerika Syarikatm Jack Lew akan bertemu pada pagi sabtu sebelum ketua-ketua kewangan G20 memulakan mesyuarat mereka dan dijangka akan membincangkan mengenai isu Brexit.

Semasa mesyuarat G20 pada awal tahun ini, Aso dan Lew menyuarakan pandangan yang berbeza mengenai pergerakan matawang.

Sementara Aso memberi amaran bahawa Yen menguat dengan mendadak, Lew mengatakan pertukaran matawang dilihat dalam keadaan yang teratur dan mengingatkan supaya tiada sebarang campur tangan terhadap matawang.

Pada ahad nanti, Aso juga akan bertemu dengan Scott Morrison, sahabat baik daripada Australia setelah mesyuarat G20 berakhir.

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Lanngan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa