Perkembangan Perang Dagang AS-China – Ini Pendapat Terkini Presiden Trump

0 731

Presiden Trump tidak terlalu mengharap kepada kemajuan rundingan dagangan bersama China pada minggu ini, demikian kata beliau kepada Reuters pada Isnin.

Trump berkata “tiada rangka masa” untuk menamatkan kecelaruan perdagangan dengan China. Komen ini sekaligus memberi ancaman kepada perang perdagangan berskala besar antara AS-China jika tiada kemajuan dalam rundingan.

Rundingan pada minggu ini akan berlangsung pada Rabu yang mana tariff $16 billion terhadap produk China akan berkuatkuasa pada Khamis. Dalam masa yang sama, China juga membalas dengan amaun yang sama terhadap produk import dari AS.

Pejabat Wakil Perdagangan AS juga akan bermesyuarat pada minggu ini terhadap cadangan tariff $200 billion kepada produk China.

Dalam temubual yang sama, Trump sekali lagi menuduh China memanipulasi matawang mereka dan juga mengatakan pertelagahan perdagangan agak mengambil masa. Apabila ditanya tentang dasar monetari, Trump tidak bersetuju dengan keputusan The Federal Reserve menaikkan kadar faedah.

Komen tentang kadar faedah ini telah menyebabkan kejatuhan US dollar sejak sesi Asia pada Selasa.

Mesyuarat yang dijangka berlangsung di Washington pada Rabu dan Khamis adalah yang pertama sejak Jun. Pertemuan kali ini akan diwakili oleh pegawai peringkat bawahan di mana pasaran berharap ia dapat membuka jalan kepada rundingan peringkat tertinggi.

Rundingan ini melibatkan Setiausaha Bawahan Perbendaharaan David Malpass dan Naib Menteri Perdagangan China Wang Shouwen.

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa