Perkembangan Terkini Brexit : Theresa May Memimpin Rundingan Dengan EU

0 705

Kita telah melihat matawang Sterling (GBP) membuat kenaikan sepanjang sesi dagangan pada hari Selasa (24 Julai) yang disebabkan komen Perdana Menteri Theresa May yang akan mengetuai rundingan Brexit.

Perkembangan terbaru ini dilihat adalah satu tindakan yang cenderung membawa rundingan kepada Soft-Brexit di mana kemungkinan besar Britain akan mendapat perjanjian kerana May sendiri adalah penyokong kepada Bremain semasa referendum tahun 2016.

Dalam kenyataan bertulis pada Selasa, Perdana Menteri kini akan mengetuai rundingan bersama Kesatuan Eropah (EU), manakala Menteri Brexit Dominic Raab akan menjadi timbalan dan akan mengetuai rundingan semasa ketiadaan May.

Pengumuman terbaru itu adalah sebahagian daripada perubahan kerajaan yang menjadikan Jabatan Brexit ditugaskan sebagai jawatankuasa tindakan bagi implimentasi hasil perjanjian yang dicapai oleh Theresa May bersama EU.

Kini, May akan berkuasa sepenuhnya terhadap proses rundingan bersama penasihat Brexit beliau, Olly Robbins. Bercakap di Parlimen pada Selasa, Robbins berkata Raab masih akan jadi perunding utama dengan Barnier (Ketua Perunding EU) di mana May adalah yang berkuasa secara keseluruhan.

Duduk di sebelah Robbins, Raab berkata susunan terbaru ini adalah bagi memastikan kita mempunyai kumpulan yang efektif dan penting untuk mempunyai satu sahaja arahan. Katanya, “Perdana Menteri akan bertanggungjawab sepenuhnya, Saya nombor dua.”

Di bawah susunan yang baru ini, Jabatan yang menguruskan keluarnya Britain dari EU (DExEU) akan mengetuai perancangan keluar dari Kesatuan termasuk perancangan terhadap jika senario tiada-perjanjian dicapai.

Jenny Chapman, Menteri Brexit bayangan dari parti pembangkang berkata, “Dominic Raab disisihkan oleh Perdana Menteri sebelum beliau dapat berunding dengan EU.”

Nak Tahu Tentang Forex, Saham dan Pasaran Kewangan?
Sertai bersama lebih 20,000 subscriber VIP yang menerima tips-tips premium tentang forex trading dan pasaran kewangan setiap minggu.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa