Perkhabaran Gembira Buat Pemegang Matawang Euro Hari Ini

0 8

Euro meningkat ke paras tertinggi dalam jangka masa 2 minggu berbanding US Dollar pada hari Khamis. Peningkatan ini dicatat selepas pengumuman data positif dari Sepanyol dan Jerman, manakala, penyata data terkini oleh Fed memberi kesan kepada US Dollar.

EUR/USD mencecah angka 1.1119 semasa sesi dagangan pagi Eropah.

EUR/USD, 15 minit
EUR/USD, 15 minit

 

Data awal juga menunjukkan bahawa bilangan orang yang menganggur di Jerman menurun sebanyak 7,000 pada bulan Julai, berbanding jangkaan penurunan sebanyak 3,000 orang.

Pada masa yang sama, kadar pengangguran Jerman kekal tidak berubah pada 6.1% pada bulan ini, sejajar dengan jangkaan.

Dalam satu laporan berasingan, kadar pengangguran Sepanyol ditandakan ke 20% pada suku kedua.

Euro juga mencatat angka lebih tinggi berbanding pound, dengan EUR/GBP mendaki 0.55% kepada 0.8409.

EUR/GBP, 15 minit
EUR/GBP, 15 minit

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa