Share This Post

AUD/USD / Forex dan Komoditi / NZD/USD / Sesi Eropah

Permintaan Terhadap Matawang Komoditi Terus Melonjak Dalam Sesi Eropah!

Permintaan Terhadap Matawang Komoditi Terus Melonjak Dalam Sesi Eropah!

Matawang Dollar Australia dan New Zealand melonjak ke paras yang lebih tinggi pada Khamis berikutan lonjakan harga minyak meningkatkan permintaan bagi matawang komoditi. Data aktiviti pembuatan di China yang positif juga merangsang permintaan kedua-dua matawang ini.

AUD/USD meningkat sebanyak 0.41% dalam sesi ini.

AUD/USD, 30 minit

AUD/USD, 30 minit

Harga minyak mentah melonjak lebih 9% pada Rabu selepas anggota OPEC menamatkan kemelut pasaran minyak mentah dengan mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari. Keputusan itu juga merupakan yang pertama semenjak tahun 2008.

Dalam laporan berasingan, data rasmi indeks manufacturing purchasing managers’ di China meningkat berbanding yang pernah dicatat pada bulan sebelum ini.

China merupakan rakan eksport terbesar Australia dan rakan eksport kedua terbesar New Zealand.

NZD/USD pula meningkat sebanyak 0.14%.

 

NZD/USD, 30 minit

NZD/USD, 30 minit

Dalam masa yang sama, matawang US Dollar gersu disokong berikutan jangkaan pemotongan perbelanjaan dan cukai fiskal di bawah pentadbiran Trump.

US Dollar Index yang melawan 6 matawang utama juga dicatat menurun sebanyak 0.27%.

Bank of Japan Akan Meneruskan Program Pembelian Bon : Makato Sakurai

Share This Post

Profile photo of Team Moshed
Membawakan Berita dan Info terkini tentang Ekonomi Global dalam Bahasa Lokal