Permulaan Minggu Yang Agak Baik Buat Matawang Aussie. Bagaimana Dengan Yen?

0 2

Aussie memulih dalam sesi Asia serta mengenepikan data perkhidmatan PMI yang jatuh menjunam. Kebanyakan pelabur juga sedang menanti laporan PMI China yang dijadual bakal dikeluarkan hari ini.

AUD/USD meningkat 0.03%, manakala USD/JPY merosot kepada 0.15%.

AUD/USD, 30 minit
AUD/USD, 30 minit
USD/JPY, 30 minit
USD/JPY, 30 minit

Di Australia, indeks perkhidmatan AIG merosot kepada angka 45.0 pada bulan Ogos dari bacaan sebelumnya 53.9.

Ketua Eksekutif Innes Willox berpendapat bahawa kejatuhan indeks perkhidmatan ini menunjukkan tanda-tanda kerapuhan ekonomi. Semua perniagaan memerlukan langkah-langkah untuk membina semula keyakinan bagi memacu produktiviti.

Selain itu, Jepun melaporkan pendapatan tunai secara purata meningkat 1.4%.

Di Australia, data inflasi MI bagi bulan Ogos menurun 0.3% berbanding bacaan sebelumnya.

Pada penghujung minggu lepas, Presiden China, Xi Jinping menggesa anggota G20 unutk meningkat penyelarasan dasar bagi menggalakkan pertumbuhan global dan menstabilkan sistem kewangan.

US Dollar Index, yang mengukur kekuatan US Dollar kali terakhir dinilai pada 95.79, menyusut 0.08%.

Lelaki ini kongsikan 3 prinsip yang dipegang beliau sepanjang menjadi jutawan. Baca disini!

Langgan Newsletter dari Moshed.com
Langgan segera untuk mendapatkan kemaskini terkini dan "special offer" yang akan terus dihantar ke e-mel anda.
Anda boleh berhenti melanggan bila-bila masa